Syatilla Melvin Ditegur Peminat Kerana Pakai ‘Heels’ Ketika Hamil

Alahaii.. Comel betul mak buyung ni kan.. Tak silap Miss, usia kandungan pelakon dan jugak isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin sudah mencecah lima bulan lebih.. Tak lama lagi jer tu nak meletop.. Tak sabar nak tengok SamTilla bakal bergelar ibu dan bapa..

Walaupun keadaan memboyot macam tu, Miss tengok Syatilla tetap maintain dan stylo.. U’olls tengok jer lah gambar ni, Syatilla pakai simple macam tu masih nampak cantik.. Biasalah orang cantik, pakai apa sekalipun tetap nampak cantik kan.. Untung Sam dapat isteri cantik! Hahahaa..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal pakaian Syatilla pun, ini cerita kasut yang dipakai Syatilla tu.. Cer u’olls tengok kasut yang Syatilla pakai tu! Gara-gara memakai kasut bertumit tinggi ketika hamil, Syatilla kena tegur dengan peminat.. U’olls pun tahu kan pakai kasut bertumit tinggi macam tu, tak elok untuk ibu yang sedang hamil..

Yela, takut-takut memberi kesan kepada tuan empunya badan dan jugak baby dalam kandungan jer.. Salah satu kesannya tu adalah sakit belakang.. Jadi peminat Syatilla prihatin lah meminta Syatilla jangan kerap memakai kasut bertumit tinggi macam tu ketika hamil..

Kalau kemaruk sangat nak pakai kasut bertumit tinggi macam tu, tunggu lah selepas bersalin nanti Syatilla oii.. Masa tu pakai lah ‘heels’ berapa inci sekali pun, tak ada siapa yang tegur dan nak marah.. Miss harap buat masa ni Syatilla berhenti lah sekejap memakai kasut bertumit tinggi demi kesihatan diri dan anak yer!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s