Sasqia Dahuri Keluarkan Minyak Wangi Jenama Sendiri Selepas Tudung

Amboii.. Minyak wangi pulak dah u’olls! Sakan artis-artis sekarang berniaga yer.. U’olls tengok jer lah pelakon ni, semakin melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.. Walaupun nama pelakon Sasqia Dahuri dalam industri seni bukan lah popular seperti nama pelakon Amyra Rosli, Mira Filzah, Janna Nick dan Ayda Jebat..

Tetapi pelakon berdarah kacukan Thailand dan Melayu ni, sering jugak Miss lihat wajahnya menghiasi dalam drama-drama yang ditayangkan di kaca telivisyen.. Walaupun kebanyakkan watak yang dilakonkan Sasqia hanyalah watak sampingan..

Bagi Miss, lakonan Sasqia tak ada lah gempak sangat pun.. Itu sebab lah namanya kurang dikenali dan kurang mendapat sambutan.. Mungkin sebab tu jugak lah, Sasqia aktif melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan.. Berniaga ni memang masyuk kalau pandai menguruskan perniagaan yang diusahakan..

Yela, kalau Sasqia hanya mengharapkan hasil daripada menjadi anak seni saja, berapa sangatlah yang dia dapat.. Dia dah la pelakon suam-suam kuku je.. Entah-entah nak sara diri pun tak lepas.. Lainlah kalau nama dia popular..

Sebelum ni kan Sasqia pernah memperkenalkan tudung jenamanya sendiri, walaupun tuan empunya jenama tak pakai tudung.. Terbaru Miss tengok, Sasqia telah memperkenalkan minyak wangi jenama sendiri pulak u’olls.. Semakin masyuk lah nampaknya pelakon Sasqia Dahuri ni kan!!

Lepas ni kalau Sasqia dah kurang mendapat tawaran berlakon, Miss rasa Sasqia hanya perlu tumpukan perhatian kepada perniagaan dia pun dah cukup rasanya.. Betul tak?? Tak ada lah Sasqia terdesak memerlukan duit bila tak ada job berlakon kan.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s