PKR P.Pinang Akan Serahkan Kerusi Penanti Dan Seberang Jaya Kepada Bersatu Di PRU 14

3c-copy

Pandai betul Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempermainkan ‘pemimpin-pemimpin besar’ didalam parti Bersatu. Semasa menandatangani perjanjian bersama untuk menentang Barisan Nasional di Pilihanraya Umum ke-14, DAP, PKR, PAN bersepakat kononnya akan membahagi-bahagikan kerusi bersama parti Mahathir. Tapi sekarang sudah jadi lain.

Kenyataan terbaru Guan Eng menunjukkan bahawa DAP tak akan menyerahkan kerusi miliknya kepada Bersatu kerana mereka mendakwa hanya bertanding di kawasan cina sahaja. Guan Eng sebaliknya menyerahkan isu pembahagian kerusi pembangkang kepada PKR.

Disini nampak sangat bahawa PKR juga sudah kena main dengan DAP. Tatkala kerusi DAP semuanya selamat diatas alasan bertanding di kawasan cina, PKR pula terpaksa membahagikan kerusi milik mereka kepada pembangkang lain didalam Pakatan.

Bukan sahaja PKR terpaksa membahagikan kerusi kepada Bersatu, tetapi PKR juga diharapkan oleh DAP untuk memberikan ruang kepada PAN yang akan menjadi proksi DAP dikawasan majoriti melayu. Ini bermakna, PKR selepas ini akan berpecah tiga semasa bertanding di pilihanraya umum ke-14.

Yang menariknya, Adun PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin menjadi pemimpin Pakatan yang paling awal memberi tindak balas terhadap kenyataan Guan Eng tersebut, dan juga bersetuju bahawa kerusi DAP tak perlu diganggu oleh parti Bersatu.

Malangnya, Norlela lupa atau memang tak sedar yang Bersatu dan PAN akan merampas kerusi PKR jika DAP tak mahu berkerjasama didalam pembahagian kerusi di PRU14 nanti. Silap-silap haribulan, kerusi PKR di Penanti, Seberang Jaya juga terpaksa dilepaskan bagi memberi laluan kepada PAN dan Bersatu.

Norlela juga seakan-akan lupa dan hilang ingatan ketika bercakap kepada media tentang hasrat Bersatu yang mahu menentang UMNO semasa pilihanraya.

PKR selama ini bertanding menentang UMNO di kawasan urban dan kawasan majoriti melayu, dan jika Bersatu juga mahu menentang UMNO, ia bermakna PKR terpaksa melepaskan kerusi mereka atau bertanding 3 penjuru dikawasan tersebut.

Itu belum lagi dikira dengan keinginan PAN serta PAS yang berkemungkinan bertanding dikawasan yang sama.

Yang nampak bodoh disini adalah parti anutan Norlela iaitu PKR, dan yang paling untung adalah DAP. Kalau hal begini pun pemimpin PKR tak dapat fikir, benarlah seperti yang dikatakan oleh ramai orang bahawa PKR hanya LEMBU didalam Pakatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s