Pengguna FB Fitnah Hospital Kerajaan Tidak Mendapat Peruntukan Dari Kerajaan

pengguna-fb-fitnah

Seorang pengguna laman sosial facebook yang menggunakan nama Fauzi Hamid sanggup memfitnah kononnya kerajaan tiada duit hanya kerana pihak hospital kekurangan jarum dialysis. Tanpa menyebut nama hospital yang dimaksudkan yang tidak mendapat peruntukan dari kerajaan itu.

Fauzi mengadu ibunya sudah seminggu berada di hospital tersebut… Dan kecewa apabila doktor memaklumkan bahawa peruntukan untuk membeli jarum dialysis sudah habis. Perkara tersebut menjadi lebih parah apabila pihak hospital kerajaan itu menyuruh Fauzi sekeluarga membeli jarum tersebut dari hospital swasta, sekiranya hendak mempercepatkan proses penukaran jarum terbabit.

Tidak dimaklumkan ibu Fauzi ini mengalami sakit apa… Tetapi dakwanya… Ibunya kini mengalami jangkitan kuman di bahagian leher akibat dari jarum dialysis sementara yang dipasang melebihi tempoh 6 bulan. Jadi disebabkan itu, timbul tuduhan kononnya hospital kerajaan tidak ada modal untuk beli jarum dialysis yang baru.

Ibunya telah diberi ubat antibiotik… Jika mahu mengatasi masalah tersebut Fauzi mendakwa pihak hospital suruh dia beli jarum dialysis tu sendiri… Itu pun kalau dia nak jarum dialysis itu ditukar dan diubah ke sebelah leher lain bagi mengatasi masalah jangkitan kuman yang dihadapi pesakit.

Persoalannya, betul ke hospital kerajaan tidak mendapat dana yang secukupnya dari Kementerian Kesihatan?? Dan adakah benar pertuduhan Fauzi bahawa hospital kerajaan yang dimaksudkannya itu hanya melakukan proses dialysis hanya 2 kali seminggu disebabkan peruntukan dari Kerajaan telah habis.

Selalunya pesakit akan melakukan proses dialysis sebanyak 3 kali seminggu… Namun dakwa Fauzi, ibunya hanya melakukan proses tersebut hanya dua kali seminggu sahaja.

Kesimpulannya disini, Fauzi menyalahkan kerajaan kerana mengurangkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan sehingga menyebabkan rakyat ‘menderita’. Tapi apa bukti Fauzi atas pertuduhannya ini? Jangan main fitnah je kalau tiada bukti.

Gomez syak yang mamat Fauzi ni tak tengok berita dan kurang membaca… Tak cukup peruntukan apanya kalau kerajaan sudah naikkan peruntukan bajet bagi perubatan.

Nampak sangat yang mamat ni kaki fitnah… Lepas tu viral bagimemburukkan nama kerajaan. Hakikatnya, kerajaan menambah peruntukan bagi perubatan bukannya mengurangkan lagi. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s