Pemimpin DAP P.Pinang Tukar Pemberian Zakat Menjadi Derma

6c-copy

Amil atau pengurus zakat adalah satu pekerjaan yang jelas disebut di dalam dalil naqli. Perkataan amil misalnya ada dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu pada ayat ke-60 surah at-Taubah, Allah SWT menyatakan: Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk para fakir, miskin, amil (para pengurus zakat)…

Begitu juga di dalam hadis yang banyak menjelaskan peranan amil. Bahkan di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Layanilah para petugas zakat (amil) itu dengan baik!

Amil juga dilantik bagi menjalankan pentadbiran, termasuk mengutip zakat dan mengagihkannya kembali di kalangan orang-orang miskin. Begitu lah besarnya tugas seorang amil yang perlu umat Islam ketahui.

Siapakah pula yang layak dilantik oleh pemerintah bagi menjadi amil zakat? Seseorang yang layak dijadikan Amil zakat haruslah memenuhi kesemua syarat-syarat iaitu seperti,
a. Beragama Islam;
b. Mukallaf (berakal dan baligh);
c. Amanah;
d. Memiliki ilmu pengetahuan tentang hukum-hukum zakat dan hal lain yang terkait dengan tugas Amil zakat.

Tetapi di P.Pinang, tugas Amil untuk mengagih-agihkan zakat sekarang ini boleh pula diambil alih oleh orang-orang kafir tanpa sebarang rasa malu atau segan. Mungkin mereka beranggapan bahawa pengagihan bantuan zakat itu boleh diberikan oleh sesiapa sahaja secara sesuka hati.

Perbuatan Timbalan Ketua Menteri DAP P.Pinang, P.Ramasamy yang seolah-olah mengambil alih tugas pusat Zakat didalam hal pembahagian bantuan zakat kepada fakir miskin, sangatlah dikesali kerana sewajarnya ia diserahkan kepada pemimpin Islam lainnya.

Apakah tiada pemimpin Islam dikalangan kelompok kerajaan DAP negeri hinggakan orang kafir bertindak mengambil alih tugas amil zakat? Sangat memalukan jika perkara sebegini diambil mudah oleh pihak-pihak Pakatan.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Dato Zainal Abidin Osman, pemberian zakat haruslah diberikan oleh orang Islam kepada penerima yang beragama Islam, bukannya oleh orang kafir.

Jadi apa yang dilakukan oleh P.Ramasamy dan juga kerajaan DAP P.Pinang itu sangat menyinggung perasaan umat Islam secara keseluruhan. Kerana zakat merupakan satu ibadah didalam Islam, dan bukannya perkara yang boleh dimain-mainkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s