PAN Dakwa Ada Ulama Yang Gilakan Kuasa Dan Kemewahan

pan-dakwa

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd Yunus memberi amaran agar menjauhkan diri daripada pemerintah ulama yang gilakan kuasa dan kemewahan. Agak korang, siapa ulama yang dimaksudkan tu? Mungkinkah anggota dan ulama dalam PAS??

Tambahnya sekarang ni ulama pun tak boleh pakai… Jadi jika para pemimpin mahu merujuk sesuatu perkara kepada ulama, perlu lebih berhati-hati dan bijak menilai. Tidak dinafikan ilmu yang ada pada mereka mampu menjadi bahan rujukan dalam tindak tanduk pemerintah.

Akan begitu, kalau dah selalu sangat berjumpa… Ada ulama yang imannya tidak kuat jika ia melibatkan kemewahan, kekayaan, kekuasaan dan apa sahaja yang mampu diberikan oleh beberapa pemimpin yang kaya tetapi tidak bertanggungjawab.

Disebabkan telah dibutakan oleh wang ringgit dan kemewahan… Ulama-ulama ni pun terpengaruh. Dari situ bermulanya sesi pemimpin menawarkan kuasa, pangkat, pengaruh dan harta wang ringgit kepada para ulama.

Tawaran yang diberi digunakan sebagai alasan, kononnya hadiah kepada ulama kerana membantu. Padahal ianya adalah rasuah. Bagaimana kita nak banteras dan menegur kezaliman, penipuan, rasuah, ketirisan, pembaziran dan rompakan yang dilakukan oleh penguasa dan pemerintah yang kononnya telah menggelarkan diri mereka sebagai ulama.

Siapa agaknya ulama yang dimaksudkan oleh Naib Presiden PAN ni?? Adalah ulama-ulama di dalam parti DAP… Atau mungkin ahli PKR! Tak mungkin PAN akan menghentam anggota partinya sendri.

Jadi sebagai kesimpulan ulama gila kuasa yang dimaksudkan Hasanuddin, mungkin adalah dari parti PAS. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s