Mat Sabu Kantoi Menipu, Lelaki Hina Agong Sebenarnya Ahli PAN

mat-sabu-kantoi

Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini bukan main lagi membuat penafian kononnya lelaki yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman sosial baru-baru ini adalah ahli parti itu. Bermati-matian tak mengaku ahli.

Tapi sekarang ini lain pulak ceritanya… Tiba-tiba Presiden PAN, Mohamad Sabu ni ambil berat pulak pasal tindakan undang-undang yang diambil terhadap lelaki bernama Mohd Faiz yang menghina Agong tu. Ehhhh, dah kenapa??

Sebelum ini tak pernah pulak Mohamad Sabu yang lebih mesra disapa Mat Sabu ni, nak ambil berat pasal mana-mana individu yang menghina kerabat diRaja dan agama Islam. Tiba-tiba bila isu melibatkan Mohd Faiz ni, beriya-iya pulak Mat Sabu nak tolong.

Bukan tu je, Mat Sabu siap mengarahkan peguam-peguam dari Biro Undang-undang Amanah (kanun) untuk memainkan peranan penting dan mencari pembelaan sebaiknya kepada Mohd Faiz. Eshhhh, peliknya!

Kalau betul la Mohd Faiz tu bukan ahli PAN seperti yang dinafikan Mat Sabu sebelum ni… Kenapa dia nak arahkan peguam-peguam PAN untuk membantu Mohd Faiz, jika dia bakal dihadapkan ke mahkamah. Eshhhh, mushkil betul la.

Dari situ kita dapat lihat bahawa Mat Sabu sebenarnya sudah kantoi menipu… Mohd Faiz yang menghina Agong dan mendakwa kononnya Agong nak tunjuk alim sebab sembahyang Jumaat di masjid seperti rakyat biasa itu, sebenarnya adalah ahli PAN.

Jika Mohd Faiz bukan ahli PAN… Tak kan la Mat Sabu terhegeh-hegeh sangat nak bela mamat mulut kurang ajar tu. Apa lagi yang Mat Sabu nak nafikan selepas ini?? Dah terang-terang mamat tu sebenarnya ahli PAN. Sebab tu la Mat Sabu sibuk sangat nak membela mamat tu. Memang kuat kencing betul la Mat Sabu ni!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s