Guan Eng Bangga P.Pinang Tak Kekurangan Air Macam Di Selangor

2c-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan kepada media, menganggap P.Pinang jauh lebih baik dari negeri lain khususnya Selangor, didalam soal pengurusan air. Malah Guan Eng juga berjanji bahawa P.Pinang tak akan mengalami sebarang gangguan air sehingga tahun 2030.

Memang tidak dinafikan bahawa P.Pinang adalah negeri yang jarang sekali mengalami masalah air sejak dari zaman pemerintahan BN dahulu lagi. Ini bermakna, bukannya sebab Guan Eng atau kerajaan DAP yang membuatkan sumber asas itu tidak terjejas.

P.Pinang merupakan negeri yang mempunyai sumber air yang mencukupi dari beberapa kawasan tadahan airnya, serta mempunyai loji rawatan air yang mencukupi untuk menampung keperluan seluruh warga negeri ini.

Didalam hal ini, sudah tentu pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) selayaknya diberikan pujian dan kredit diatas usaha mereka memastikan bekalan air bersih dan keperluan rakyat dipenuhi.

Rakyat harus tahu membezakan diantara usaha yang dilakukan oleh PBAPP yang bertugas memastikan sumber alam itu sentiasa cukup untuk keperluan negeri, dan juga tugas kerajaan DAP negeri yang hanya tahu bercakap dan mencari publisiti murahan di depan media.

Jika Guan Eng dan kerajaan DAP berani untuk memberi jaminan bahawa bekalan air di P.Pinang akan mencukupi sehingga tahun 2030, apakah beliau mampu berjanji untuk membebaskan rakyat P.Pinang dari bencana banjir pada tahun hadapan?

Sememangnya air tak pernah berkurangan di negeri jajahan DAP ini, tetapi oleh kerana kelemahan pentadbiran DAP juga lah yang menyebabkan air melimpah-limpah sehinggakan banjir kilat berlaku di banyak kawasan negeri, walaupun hujan turun hanya selama 4 jam!

Sistem perparitan yang usang, projek-projek pembangunan tak terkawal serta aktiviti penarahan lereng-lereng bukit yang diluluskan oleh kerajaan DAP negeri juga menjadi penyumbang utama ‘bekalan air banjir’ tak putus-putus di P.Pinang.

Beranikah Guan Eng dan kerajaan DAP berjanji kepada rakyat serta pelabur di negeri ini, bahawa masalah banjir akan diatasi sepenuhnya oleh mereka? Rakyat sedia maklum perangai Guan Eng dan DAP dan jawapan yang bakal mereka berikan..

Sudah tentunya nanti Guan Eng menunding jari kepada kerajaan Persekutuan yang dianggap meminggirkan kerajaan DAP P.Pinang. Dan pemimpin-pemimpin DAP lainnya pula sibuk menyalahkan hujan dan TUHAN kerana banjir kilat berlaku.

Inilah sikap pemimpin DAP yang menjadi pujaan seluruh penyokong serta penganut fahaman Pakatan. Jika ada sesuatu perkara yang menguntungkan, mereka tanpa rasa malu berlumba-lumba untuk mencari publisiti murahan.

Tetapi jika ada kesalahan yang kena pada batang hidung mereka sendiri, mulalah mereka sibuk memperbodohkan rakyat dengan menuduh pihak lain. Inikah kerajaan negeri yang didakwa ‘Cekap, Adil serta Telus? Sangat memalukan!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s