Amyra Rosli Dah Tak Sabar Mahu Menjadi Seorang Ibu

Nama pelakon Amyra Rosli, tak perlu lah Miss memperkenalkan lagi.. Pelakon yang dikatakan mirip dengan pelakon Indonesia, Nia Ramadhani Bakrie ni sudah menjadi satu nama besar dalam industri seni dan semakin popular.. Miss tengok nama pelakon ni sering meniti dibibir peminat..

Lebih-lebih lagi lakonan Amyra yang semakin mendapat sambutan hangat menerusi watak Seroja Irdina dalam drama ‘Isteri Tuan Ihsan’.. Miss tengok drama berkenaan boleh tahan jugak mendapat sambutan hangat.. Ramai yang memuji gandingan Amyra dan pelakon kacak, Aaron Aziz..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal karier Amyra sebagai pelakon pun, Miss tengok karier Amyra semakin berkembang baik jer sekarang.. Tak ada masalah pun! U’olls pun tahu kan Amyra sudah sebulan lebih melayari bahtera rumah tangga bersama pasangannya yang jugak pelakon, Amar Baharin..

Terbaru, Miss dengar Amyra kini sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu.. Amboii Amyra.. ‘Excited’ benor nampaknya dia nak jadi ibu yer.. Amyra sudah ‘berisi’ ke bila dok bercakap pasal bersedia nak jadi ibu ni?? Kalau sudah berisi, baguslah..

Tak sabar Miss nak tengok bakal anak Amyra dan Amar, pasti comel macam ibu dan bapak dia kan.. Hahahaa.. Tetapi peminat Amyra dan Amar, jangan ‘excited’ dulu yer.. Amyra mengatakan buat masa ni, belum ada tanda-tanda menunjukkan yang dia tengah hamil..

Amyra cuma mengatakan dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa sahaja.. Miss dengar Amyra jenis suka budak-budak, sebab itulah dia tak kisah kalau bergelar ibu dalam usia yang masih muda.. Tak lama lagi lah tu! Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s