Aktivis Pelajar Tak Serik Kena Gantung Pengajian, Mahu Adakan Kongres Pula

aktivis-pelajar

Tak serik dengan tindakan yang diambil oleh Universiti Malaya, Aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof kini merancang untuk mengadakan kongres belia pada tahun depan. Lerrrr, minah ni tak serik noh walaupun dikenakan tindakan digantung pengajian selama 6 bulan.

Sudah la kena bayar denda RM400… Bila dirinya mendapat tumpuan, beriya-iya pula nak adakan kongres belia. Dah cukup kebal ke diri tu nak hadap tindakan undang-undang nanti?? Anis bercadang mahu mengadakan Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM).

Kongres tersebut bakal diadakan bermula pada tarikh 17 sehingga 19 Februari di bawah sebuah kumpulan aktivis belia, Demi Malaysia. Namun begitu, lokasi kongres tersebut masih belum didedahkan. Anis berkata lokasi kongres tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Mungkin Anis tak puas lagi setelah digantung pengajian satu semester dan dikenakan denda RM400 oleh panel tatatertib universiti disebabkan oleh penglibatannya dalam himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (MO1) yang diadakan pada 27 Ogos yang lalu.

Kali ini Anis menganggarkan seramai 1,000 perwakilan akan hadir ke kongres tersebut. Himpunan #TangkapMO1 yang diadakannya dulu, dilihat gagal dan tidak berjaya menarik minat belia. Orang yang hadir hanya terdiri daripada pelancong asing, orang awam dan pekerja asing warga Bangladesh dan sebagainya.

Itu pun sebab dorang singgah je… Nak tengok apa yang berlaku… Selepas tu dorang bersurai. Langsung takde sambutan pun. Bagi Gomez la kan… Elok sangat kalau Anis habiskan dahulu pengajiannya. Jangan libatkan diri dalam politik kalau diri masih belajar.

Itu semua hanya akan merugikan masa depan dia sahaja… Tengok macam sekarang ni, tak pasal-pasal kena gantung pengajian. Nasib baik tak kena buang universiti terus. Tak berbaloi pun pengorbanan Anis untuk pembangkang ni. Dia langsung tidak mendapat pembelaan… Dah tu Pakatan Harapan diam je bila Anis dikenakan tindakan. Ada dorang tolong? Takde kan.

Jadi tak payah la nak adakan kongres untuk mencetuskan gelombang pada pada pilihan raya akan datang. Tamatkan dulu pengajian tu… Lepas tu kalau nak melingkup dengan perjuangan bersama Pakatan Harapan, dipersilakan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s