Shuib Sepahtu Dan Siti Sarah Tayang Gambar Separuh Bogel Di Instagram!!

2a-copy

Adoyaii.. Miss tak menafikan pasangan suami isteri dalam kalangan artis, ramai yang sweet-sweet belaka.. Tapi sesetengah pasangan tu nak tunjuk aksi ‘mesra alam’ tak kena dengan tempat la pulak.. Main redah jer tayang secara terbuka, tak kira lah di tempat awam atau di media sosial sekali pun!

Semalam Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayoub dikritik teruk, gara-gara dok tayang aksi ‘mesra alam’ kat atas katil di laman sosial.. Hari ni giliran pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin pulak dikritik kerana ‘belanja’ aksi ‘mesra alam’ untuk tatapan peminat dorang di Instagram..

U’olls tengok jer lah gambar ni, gambar ni lebih ‘hot’ daripada gambar Nabil dan Zira muat naik di laman sosial dorang.. Baik punya Shuib ‘selfie’ tanpa pakai baju sambil lentok di bahu Siti Sarah yang terdedah tu.. Kononnya nak tunjuk ‘sweet’ dan seksi lah tu!!

‘Sweet’ apa jadahnya macam ni!! Ini bukannya ‘sweet’, gambar ni hanya bikin orang lain berbulu jer tengok.. Haishhh! Berbulu mata ni bila tengok pasangan yang tak ada perasaan malu, selamba dok tayang aksi ‘mesra alam’ dorang bersama tak kena tempat!!

Agak-agak lah nak tayang gambar ‘sweet’ pun Sarah dan Shuib oii! Kalau Shuib pakai baju, sejuk jugak lah mata ni memandang.. Jangan Shuib fikir dia lelaki, boleh sesuka hati jer nak tayang badan.. Kalau Shuib tak nak pakai baju pun, biar masa dia duduk dengan Sarah je sudah lah.. Tak perlu nak tayang di media sosial bagai!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s