Perbezaan Antara Guan Eng Dan Juga Najib Razak Didalam Mentadbir Kerajaan

5c-copy

Walaupun penyokong Pakatan mendakwa Guan Eng sebagai seorang pemimpin paling hebat dan juga ketua kerajaan negeri yang paling bijak menarik pelaburan dan juga membangunkan negeri, namun hakikatnya semua itu hanyalah diatas kertas dan juga cakap-cakap kosong sahaja.

Sejak mengambil alih pentadbiran negeri selama 8 tahun daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), hampir tiada satupun pembangunan yang betul-betul boleh diiktiraf sebagai hasil idea dan juga inisiatif dari kerajaan DAP P.Pinang khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Yang ada hanyalah projek pembangunan hasil peninggalan kerajaan BN negeri yang hampir siap. Dan disitulah muncul Ketua Menteri DAP dengan tanpa rasa malu merasmikan projek tersebut, seolah-olah ianya milik kerajaan negeri.

Seperti biasa, Guan Eng hanya tahu berjanji dan juga bercakap kosong sahaja untuk memperbodohkan rakyat negeri walaupun beliau tahu rakyat sedang memerhati dan menilai segala perbuatannya dan juga pemimpin-pemimpin DAP di negeri ini.

Mungkin bagi Guan Eng, rakyat P.Pinang tak perlu ditakutkan oleh DAP memandangkan laporan mengatakan majoriti rakyat cina di negeri ini menyokong kuat parti berkenaan. Mungkin juga beliau menganggap, buat lah penipuan apa sekalipun, mereka akan tetap kekal menyokong DAP selamanya.

Penipuan yang paling tersohor di P.Pinang yang dilakukan oleh Guan Eng dan DAP negeri tentunya berkenaan penghapusan Tol Sg Nyior yang sehingga kini masih berdiri megah di kawasan Seberang Jaya. Kononnya jika DAP memerintah negeri, Tol berkenaan akan dirobohkan.

Begitu juga dengan harga Tol di Jambatan P.Pinang yang dijanji untuk dihapuskan sekiranya DAP mentadbir negeri, tetapi sehingga kini berpuluh ribu kenderaan tetap terpaksa membayar Tol walaupun mereka mengundi DAP pada setiap pilihanraya umum lalu.

Yang terkini, Guan Eng dan DAP dengan bangganya mengisytiharkan untuk membina terowong dasar laut pada tahun 2010, yang dikatakan akan menjadi kebanggaan rakyat P.Pinang kerana ianya akan setanding dengan Hong Kong.

Malangnya selepas 6 tahun, jangankan kata terowong, tetapi tapak untuk korek lubang terowong pun langsung tak dapat dikesan. Ajaibnya, RM350 juta telah dihabiskan oleh kerajaan DAP negeri hanya untuk melakukan kertas kerja terowong terbabit kononnya.

Berbanding dengan kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang bukan sahaja tahu berjanji, bahkan Perdana Menteri juga memegang teguh terhadap janji yang beliau buat untuk memastikan rakyat hidup selesa dan juga sejahtera.

Berbanding DS Najib Razak yang mengumumkan projek Transit Aliran Massa Lembah Klang pada bulan Jun tahun 2010, kini selepas 6 tahun, projek tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat.

Kini selepas 6 tahun, fasa pertama projek berkenaan telahpun siap dibina dan sedia untuk digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang dengan kos dibawah paras yang dijangkakan. Ini merupakan kejayaan besar Perdana Menteri yang sentiasa mendahulukan rakyat berbanding mencari keuntungan untuk poket sendiri.

Itupun ramai yang buta mata dan juga buta hati apabila mengatakan bahawa Guan Eng lebih baik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding dengan Najib. Bayangkanlah jika seorang manusia yang kuat menipu serta hanya tahu buat janji palsu, diangkat sebagai Ketua negara, alamatnya lingkup lah semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s