PAN Ugut PAS, Dakwa Kerusi Bukan Hak Milik Mutlak PAS

pan-ugut-pas

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Muhamad Sabu atau lebih terkenal dengan nama Mat Sabu dengan sombongnya mendakwa bahawa parti serpihan PAS itu tidak pernah cuba untuk mencuri kerusi yang menjadi milik PAS sekarang ini.

Malah Mat Sabu turut mengugut bahawa, kerusi yang menjadi milik PAS sekarang ini bukanlah menjadi hak milik mutlak PAS. Jadi PAN berhak untuk bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang disukai mereka.

Memang benar cakap PAN tu… Kerusi milik PAS sekarang ni bukanlah hak milik kekal selamanya PAS. Namun begitu, lupakah PAN pada perjanjian yang dibuat antara pakatan pembangkang dan perjanjian samar antara PAS?

Dahulu dorang berjanji tidak akan mengganggu dan bertanding di kerusi yang dimiliki oleh PAS… Namun sekarang PAN senang-senang je nak melanggar perjanjian tersebut. Ujar Mat Sabu, sesiapa sahaja boleh bertanding dalam mana-mana kerusi dalam pilihan raya.

Walau apa pun yang terjadi, PAN akan tetap bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan apa yang dipersetujui dan apa yang diputuskan dalam Pakatan Harapan. Disebabkan PAS bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, jadi mereka takde hak nak menghalangnya.

Amboiiii…. Bukan main besar kepala lagi yer Mat Sabu ni ugut PAS… Persoalannya jika benar berlaku pertenbumgan tiga penjuru dan PAN melanggar amaran yang diberikan PAS sebelum ini.

Maknanya PAN memang pentingkan diri sendiri dan tidak berpegang pada janji. Takpe, lagipun PAN ni bukannya hebat mana… Dorang cuma harapkan belas ihsan dari DAP dan PKR je. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s