Pakatan Harapan Tidak Setuju Muhyiddin Jadi TPM

pakatan-harapan-tidak

Sudah jelas lagi nyata… Keputusan mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri sementara dibuat Pemimpin veteran Lim Kit Siang tanpa persetujuan Pakatan Harapan.

Perkara ini terbukti apabila Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata, Pakatan Harapan tidak pernah berbincang untuk membuat perlantikan tersebut.

Kalau pilih Wan Azizah mungkin mereka setuju… Tetapi memilih Muhyiddin dianggap sebagai satu kesilapan besar bagi Pakatan Harapan. Tambahnya, Pakatan Harapan tidak terkejut kenapa Muhyiddin dipilih.

Pemimpin Pakatan Harapan memilih Muhyiddin hanya kerana rasa hormat dan nak jaga hati je. Lagi pun dahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tu jadi timbalan perdana menteri jugak. Balik-balik jawatan yang sama je.

Dalam kerangka Pakatan Harapan… Mereka memilih Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Disebabkan Anwar masih dipenjarakan jadi Wan Azizah akan memangku jawatan itu sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

Pilih isteri sendiri jadi pemangku, senang sikit nak lepaskan jawatan tu nanti bila si suami dah dibebaskan… Kalau pilih orang lain belum tentu mereka nak bagi laluan pada Anwar. Sebab tu Pakatan Harapan timbul idea perdana menteri sementara.

Tapi kesian pada Muhyiddin… Rupa-rupanya ada yang tidak suka apabila dia dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri sementara. Jawatan yang pernah dijawatnya dahulu sebelum dipecat. Mesti dia bosan kan… Asyik jawatan yang sama je… Bila Muhyiddin nak jadi perdana menteri?

Namun begitu, nampak jelas keputusan yang dibuat Kit Siang ini tidak mendapat persetujuan semua pihak. Mana tidaknya, keputusan Kit Siang ni kan ikut sedap kepala dia je… Mana ada berbincang dengan orang lain pun. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s