Nik Abduh Jawab Persoalan Mat Sabu Mengenai Kerjasama

nik-abduh-jawab-persoalan

Sebelum ini Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menyoal kenapa sehingga sekarang Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz masih membisu mengenai tawaran kerjasama antara PAS dan Pakatan Harapan.

Bagi menjawab persoalan tersebut… Nik Abduh kini bersuara… Beliau menyatakan bahawa pendiriannya adalah sama seperti Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam satu nada mereka menolak percaturan politik yang merugikan dibawa oleh Pakatan Harapan.

Jika PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan, maka ia akan memberi satu kerugian yang besar kepada Islam. Pihak mereka berkeras dan berpegang teguh dengan pendirian yang dibuat sebelum ini. Dengan ini, maka terjawablah segala persoalan Muhamad Sabu atau dipanggil Mat Sabu.

Sementara itu, Nik Abduh menambah PAS berhak untuk membuat keputusan kerusi mana yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14). Sekarang ini PAS sedang menilai semua kerusi, sama ada parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bukan tu je, Nik Abduh juga menegaskan bahawa mereka sudah mempunyai blok pakatan tersendiri, iaitu menerusi jalinan kerjasama dengan parti Ikatan. Jadi tak payah nak buang masa dan tenaga untuk memujuk PAS kembali kepada Pakatan Harapan.

PAS sekarang ini menolak segala perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummah. PAS juga sudah tidak mahu lagi bergelumang dengan politik longkang yang sering dipraktikkan oleh DAP.

Harap lepas ni Mat Sabu tak payah nak sibuk-sibuk lagi mempertikaikan keputusan PAS… Kalau Mat Sabu pertikaikan jugak, memang sah la dia ni jenis tak faham bahasa.. Huhuhu! Rasanya Pakatan Harapan patut hormat keputusan PAS dan ‘move on’ dengan pakatan pembangkang mereka sekarang ini. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s