MCA Berjanji Akan Lebih ‘KERAS’ Terhadap DAP Menjelang PRU14

6c-copy

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju dengan desakan pemimpin UMNO terhadap parti komponen BN yang mahu kesemua mereka berganding bahu serta meningkatkan usaha memenangi pilihan raya umum yang bakal menjelang tak lama lagi.

Ketika ini, para pemimpin komponen didalam Barisan Nasional (BN), khususnya MCA haruslah lebih berani serta bersikap agresif seperti ketika Chua Soi Lek menjadi presiden dahulu, terutamanya didalam perjuangan menentang DAP.

Chua terkenal dengan sikap ‘keras’ terhadap DAP dan sentiasa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab setiap isu fitnah yang dimainkan oleh parti pembangkang itu, lebih-lebih lagi isu fitnah yang disebarkan kepada masyarakat cina di Malaysia.

Selain itu, Chua Soi Lek juga pernah mencabar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP untuk berdebat dengannya secara umum, bagi menjawab isu-isu semasa yang berbangkit dikalangan pengundi cina.

Perkara berkenaan tidak pernah berlaku sebelum beliau menjadi Presiden MCA dan juga ia tidak lagi berlaku kini selepas beliau berundur dari jawatan tersebut. Ketika itu, walaupun bekas presiden MCA berkenaan dikatakan kurang fasih berbahasa cina, ia bukan penghalang beliau meneruskan debat terbabit.

ketika ditemuramah media, Chua Soi Lek mengatakan bahawa orang cina suka dan mahu pemimpin yang kuat dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat atasan. Oleh yang demikian, beliau menyeru agar pemimpin MCA yang ada sekarang berusaha untuk memberi lebih keyakinan pada masyarakat cina.

Desakan untuk menguatkan parti-parti komponen BN untuk menambahkan kekuatan sebelum menghadapi Pilihanraya Umum itu disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun semasa Perhimpunan Agung UMNO pada awal bulan ini.

Didalam ucapan bahasnya, Khairul menggesa parti-parti komponen BN mengambil risiko dan berdepan pembangkang. Beliau juga menggesa masyarakat Cina memikirkan tentang sokongan mereka kepada DAP akan semakin memencilkan masyarakat itu di negara ini.

Sementara itu, Chua berkata pemimpin UMNO harus mengelak daripada menuding jari kepada parti komponen BN atas prestasi buruk mereka pada pilihan raya umum lepas.

“Pemimpin-pemimpin UMNO perlu memikirkan kenapa masyarakat Cina, yang dahulunya penyokong kuat BN, tiba-tiba memutuskan perubahan kerajaan adalah perlu pada 2008 dan 2013.

“Kamu tak boleh salahkan orang lain kerana tidak mengundi kamu. Kamu sebaliknya perlu muhasabah. Adakah ia masalah kita? Adakah kita penuhi apa yang rakyat mahu? Itu akan jadi pendekatan yang sesuai,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s