Mat Sabu Mahu Jadi Hero Kepada Penghina Agong

1c-copy

Siapa tak kenal dengan individu yang bernama Mohamad Sabu.. Walaupun beliau bukanlah seorang artis tersohor yang membintangi drama melayu yang bersiaran pada pukul 7 petang, tetapi Mohamad Sabu tetap popular kerana kontroversi yang dihasilkannya didalam dunia politik negara.

Memang tidak dinafikan kehebatan membuat lawak-lawak jenaka oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu diatas pentas ceramah. Gaya mimik muka yang bersahaja juga menjadikan Mat Sabu sebagai antara penceramah politik yang di ingati ramai.

Rakyat Malaysia yang biasa dengan dunia politik sudah tentu masih ingat bagaimana Mat Sabu mencetuskan fenomena dikalangan penyokong pembangkang, apabila menggelarkan Ketua Umum Pakatan, Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi didalam skandal liwatnya.

Sewaktu itu, Anwar masih lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden UMNO. Gelaran tersebut kekal sehingga kini biarpun Anwar sudah ‘bertaubat’ dari UMNO dan menyertai Pakatan pembangkang.

Dan rakyat tentu ingat bagaimana Mat Sabu juga pernah menjadikan negara huru hara dengan kenyataan bahawa komunis adalah pejuang sebenar kepada kemerdekaan yang dikecapi oleh negara Malaysia ini.

Dalam kenyataan yang diucapkannya semasa satu ceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011 itu, Mat Sabu juga menganggap anggota keselamatan yang mempertahankan diri semasa peristiwa Bukit Kepong adalah ‘barua’ kepada penjajah, yakni pihak British.

Akibat dari kenyataan ‘panas’ tersebut, Mat Sabu dihujani pelbagai kecaman dan kritikan dari rakyat Malaysia, terutamanya dari bekas-bekas anggota keselamatan negara serta waris mereka yang berkhidmat sebelum merdeka.

Kini Mat Sabu muncul lagi seperti seorang Hero yang mahu membela dan seolah-olah mempertahankan individu yang dilaporkan menghina DYMM YDP Agong di laman facebook. Mat Sabu yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mahu prinsip keadilan ditegakkan didalam mengadili isu individu berkenaan yang disyaki merupakan penyokong PAN.

Selain itu, Mat Sabu juga mengarahkan peguam-peguam parti PAN memberikan pembelaan sebaik mungkin jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah.

Persoalannya sekarang, mengapa Mat Sabu mahu mempertahankan perbuatan menghina DYMM YDP Agong? Apakah Mat Sabu bersetuju dengan perbuatan lelaki tersebut mempertikaikan seorang pemimpin tertinggi negara yang taat beribadah dan juga beriman kepada Tuhan?

Apakah ini yang diajarkan didalam PAN dan juga pihak pembangkang?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s