Masalah Nelayan P.Pinang Akan Selesai Dengan Pertandingan Mewarna Dan Buat Sandwich

3c-copy

Kerajaan DAP P.Pinang sekarang ini bolehlah dianggap kerajaan negeri yang paling bebal dan paling tak sensitif pada rakyat negeri ini. Semuanya berpunca dari Ketua Menterinya yang bukan sahaja didakwa kuat makan rasuah, tetapi juga sering buat lawak bodoh didalam menangani isu-isu yang membabitkan permasalahan rakyat.

Rakyat di seluruh negara tentu sudah maklum bagaimana jawapan kerajaan DAP negeri dan juga para pemimpinnya berkenaan isu banjir kilat yang teruk melanda beberapa bulan lalu. Dengan mudah mereka menyalahkan hujan yang lebat serta air laut yang dikatakan pasang besar untuk menutup kegagalan mereka mengawal selia sistem perparitan negeri.

Begitu juga dengan isu banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang yang disuarakan oleh rakyat. Guan Eng dan juga kerajaan DAP negeri dengan bangganya, menuduh kerajaan Pusat yang gagal menaiktaraf lapangan terbang tersebut hinggakan ianya banjir ketika hujan lebat.

Semuanya disalahkan kepada pihak lain hinggakan Tuhan pun turut menjadi ‘kambing hitam’ oleh gerombolan DAP yang memerintah negeri ini, bagi mengaburi mata rakyat yang tentunya mereka anggap tidak cerdik dan mudah sangat diperbodohkan.

Jika Tuhan pun sanggup mereka salahkan untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan, jangan haraplah kerajaan DAP serta pemimpin-pemimpinnya itu akan peduli dengan nasib rakyat bawahan yang sedang menderita akibat dari ketamakan mereka ‘menjajah’ hasil negeri P.Pinang.

Selepas isu banjir reda, kini P.Pinang dikecohkan pula dengan rintihan dari para nelayan tradisi yang selama berpuluh tahun mencari makan dikawasan-kawasan pantai negeri ini, tanpa sedikit pun menganggu orang lain dan juga harta benda awam.

Bermula dari projek tebus guna tanah untuk perumahan mewah yang menghantui 150 nelayan di Tanjung Tokong, hinggalah kepada igauan ngeri 200 nelayan tradisi dek kerana proses tambakan laut bagi menghasilkan 3 buah pulau buatan manusia di Permatang Damar laut.

Semuanya hasil dari kerakusan kerajaan DAP negeri pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang mencari keuntungan mudah dengan menindas rakyat bawahan sehingga periuk nasi mereka pun ditabur dengan pasir.

Menariknya, apabila hal penindasan ini terdedah kepada media dan juga orang awam, tindakan susulan kerajaan DAP negeri melalui exco-exconya untuk menangani isu berkenaan amatlah tidak masuk akal serta menunjukkan kebodohan yang sangat ketara.

Pelan mitigasi yang dikeluarkan oleh kerajaan DAP P.Pinang kononnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan tradisi yang kehilangan sumber mata pencarian di negeri ini, boleh disifatkan sebagai menghina golongan berkenaan.

Mampukah pertandingan mewarna, pertandingan buat sandwich dan aktiviti menanam pokok bakau seperti yang tertera di dalam pelan tersebut menyelesaikan masalah nelayan terbabit? Aktiviti gotong-royong juga takkan mungkin membuat perut para nelayan dan keluarga mereka kenyang!

Inilah kerajaan DAP yang dibanggakan oleh para penyokong serta penganut-penganut Pakatan Harapan sekalian. Mereka terbukti tidak tahu langsung untuk menangani masalah rakyat negeri dan juga sensitif dengan kehendak marhaen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s