Mamat K-Pop Gagal Pikat Hati Penyokong Bola Sepak Kedah

mamat-k-pop-1

Nampak gayanya penyokong bola sepak negeri Jelapang Padi ternyata kecewa dengan pemain import baharu pasukan bola sepak Kedah FA yang datang jauh dari Korea, iaitu Kim Syeong Hyun . Persembahan hambar yang ditunjukkan oleh pemain import tersebut ternyata gagal untuk menambat hati peminat bola sepak negeri itu.

Tidak seperti Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva… Persembahan yang ditunjukan oleh Kim dilihat hanya sebagai sesuatu yang menyakitkan hati. Selepas dua perlawanan persahabatan yang berlangsung antara pasukan Kedah.

Kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Kim masih belum lagi terserlah… Rata-rata penyokong bola sepak Kedah tidak berpuas hati dengan prestasi kurang memberangsangkan tersebut. Kim nampak seperti tidak mampu menjadi pemain pertahanan yang baik.

Lebih baik Kedah kekalkan Bang Seung Hwan daripada mamat K-Pop yang control macho ni…. Kedah sepatutnya mengambil pemain import yang betul-betul kuat dan mampu menjadi pemain yang hebat di bahagian pertahanan. Setakat Kim yang kemas cendoi tu buat apa.

Tapi takpe… Mungkin Kim ni masih belum dapat menyesuaikan diri dengan rentak pemain dan percaturan yang diatur oleh Tan Cheng Hoe. Kita bagi masa dulu dan lihat… Kalau pretasi Kim tidak membanggakan, maknanya kena cari import baru la.

Namun begitu, kita tak boleh menilai kemampuan seseorang itu hanya dalam tempoh masa singkat ni je. Mana tahu lama kelamaan nanti Kim sudah dapat menyesuaikan diri dengan pemain Kedah. Lagipun siapa tahu, percaturan Tan Cheng Hoe ni… Mana tahu pengurusan Kedah lihat Kim ni bagus tapi cuma belum jumpa rentak je, siapa tahu kan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s