Jamal Yunos Berkemban Mahu Tumpang Mandi Di Pejabat Menteri Besar Selangor

jamal-yunos

Demi menuntut dan menyuarakan kesengsaraan yang dihadapi rakyat negeri Selangor… Datuk Seri Jamal Yunos sanggup berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala sahaja, bagi menunjukan tanda protes terhadap krisis air yang dihadapi negeri tersebut.

Dalam tahun ini sahaja sudah tiga kali Selangor menghadapi masalah bekalan air. Kali ini sekali lagi masalah sama berulang, apabila gangguan bekalan air besar-besaran mula berlaku di sekitar Lembah Klang mulai beberapa hari lalu.

Alasan yang kerajaan negeri Selangor beri adalah susulan penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong. Jamal berkata, di rumahnya sudah empat hari tiada air dan dia sudah dua hari tidak mandi.

Sambil bertuala Jamal berkata “Saya mahu periksa sama ada pejabat menteri besar ada air. Buka pintu, saya nak mandi. Buka pintu,”. Tambahnya jika esok masih tiada air, Jamal sanggup datang semula dan membayar 20 sen untuk mandi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.

Tindakan Jamal ini bukanlah bertujuan bagi memalukan dirinya sendiri… Malah jauh sekali untuk tujuan berpolitik. Akan tetapi ini melibatkan kebajikan rakyat… Sampai bila rakyat nak menghadapi masalah yang sama saban tahun?

Rakyat pun dah bosan dengan masalah air yang tiada berkesudahan… Setiap kali perayaan pasti akan berlaku masalah air. Bila agaknya ye kerajaan PKR Selangor nak selesaikan masalah air seperti yang dorang janjikan tu?

Itu baru Jamal yang datang dengan bertuala… Kalau rakyat Selangor semua protes datang hanya dengan bertuala sahaja, macam mana? Hahaha.. Tak ke haru biru nanti. Tambah Jamal, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali selama ini hanya mementingkan politik sahaja.

Keperluan rakyat termasuk isu gangguan bekalan air langsung tidak diendahkan… Ceramah bukan main sampai 3 pagi tapi masalah rakyat tidak selesaikan. Azmin patut bertanggungjawab penuh dalam masalah ini, bukannya lari dari masalah. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s