Isu Kopi McDonald’s Ada Lemak Babi Adalah PALSU!!

2f-copy

Kuasa viral memang dah tak dapat dinafikan suatu kuasa yang hebat.. Sebabkan kuasa viral, rakyat Malaysia sanggup beratur panjang nak tukar kad bank masing-masing.. Kuasa viral ni tak kira betul atau salah, sekali dah viral semua orang akan percaya..

Tak selidik dulu betul atau tak, redah saja tak pakai ‘helmet’.. Korang semua pun dah jadi salah seorang mangsa viral kan? Beratur panjang-panjang di bank sebab nak tukar kad bank??

Dah tamat isu viral tukar kad bank, nampaknya timbul pula isu viral yang terbaru.. Restoran makanan segera McDonald didakwa telah pun ditutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebab dalam salah satu hidangan kopi yang dijual mereka, dikatakan mengandungi lemak babi..

Dah macam ‘cacing kepanasan’ orang ramai, terutamanya penggemar makanan segera bila dapat tahu kopi McD ada lemak babi.. Tak selidik dulu benar atau salah isu viral tu, orang ramai dikatakan mula memboikot McD.. Eleh, nak boikot konon, seminggu dua je dorang ni boikot.. Tak lama lepas tu, muka boikot itu juga yang beratur nak beli makanan McD.. Hahahaha..

Korang semua tak payah menggelabah biawak sangat, sebenarnya isu viral kopi McD yang dikatakan mempunyai lemak babi itu hanyalah palsu.. Memang kopi itu ada lemak babi, tapi tak melibatkan McD di Malaysia..

Cawangan McDonald memang ada di seluruh dunia, tapi pengurusan dan kawalan bahan mentah setiap cawangan adalah berbeza mengikut negara.. McD adalah pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia, korang dah tak perlu risau ada unsur-unsur tak halal dalam setiap sajian yang dihidangkan oleh restoran makanan segera tersebut..

Harap dengan penjelasan dan bukti sijil halal pihak Mcdonald ini, tak akan ada lagi pihak yang percaya dengan isu viral itu.. Bila semua benda nak di viralkan, benda betul di katakan salah, benda salah di katakan betul.. Jangan terlalu percaya pada kuasa viral tanpa selidik dahulu.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s