Gosip ‘Percintaan’ Fattah Amin Dan Tania Hudson Hanya Untuk Promosikan Filem Terbaru Mereka

1a-copy

Semalam hangat diperkatakan hubungan pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Neelofa dikatakan ‘retak’ akibat orang ketiga yang jugak merupakan seorang pelakon berdarah kacukan.. Pelik kan hubungan Neelofa dan Fattah ni u’olls.. Padahal kedua-duanya menafikan ada hubungan cinta..

Tup! Tup! Timbul pulak isu panas ni yang dikatakan penyebab hubungan dua pelakon yang popular menerusi drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ tu ‘retak’ bagai.. Macam-macam hal! ‘Complicated’ betul lah hubungan dorang berdua.. Kejap keluarkan kenyataan macam ni, kejap macam tu..

Miss dengar orang ketiga yang didakwa tu adalah pelakon cantik Tania Hudson yang juga merupakan adik kepada pelakon Natasha Hudson u’olls.. Bila isu ni menjadi bualan hangat, tuan empunya badan tampil bersuara.. Miss dengar Tania menafikan dia bercinta dengan Fattah..

Tania mengatakan dia hanya mengenali Fattah ketika menjalani penggambaran filem ‘KL Special Force’ terbitan Skop Production kira-kira dua bulan lalu, dan Tania dikatakan ‘terkejut’ selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan pelakon sado tu dengan Neelofa..

Berpura-pura ‘terkejut’ atau suka, bila isu panas ni menjadi bualan hangat yer Tania?? Yela, tiba-tiba jer nama dia dikaitkan dengan Fattah.. Ataupun ni hanya gimik untuk mempromosikan filem dorang berdua?? Inilah kebiasaannya yang akan dilakukan, cetuskan kontroversi untuk melariskan filem yang dilakonkan.. Betul tak?? – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s