DAP Dan PKR Akan Tetap Bertanding Di Sabah Pada PRU14

dap-pkr

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak akan memberi laluan mudah kepada parti tempatan di Sabah untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang. Takde sebab untuk DAP dan PKR melakukan sedemikian, kata Stephen Wong.

Tambah Pengerusi DAP Sabah itu, kononnya parti pembangkang dari semenanjung Malaysia masih kuat dan popular jika hendak dibandingkan dengan parti di Sabah. Amboii, angkuh betul DAP ni kan.

Kononnya sebagai sebuah parti nasional yang sudah lama berkhidmat kepada rakyat, rakyat lebih menyokong dan mendapat sokongan penuh dari rakyat. Kalau nak bandingkan dengan parti tempatan Sabah, belum tentu dapat sokongan hebat seperti parti mereka, ujarnya.

Jadi tidak ada alasan untuk DAP dan PKR tidak bertanding di Sabah. Desakan bekas ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mengarahkan parti DAP dan PKR supaya jangan bertanding di negeri itu pada PRU akan datang… Tidak akan menghalang mereka untuk terus bertanding.

Dari situ kita sudah dapat lihat bahawa DAP dan PKR langsung tidak akan memberi peluang kepada parti tempatan Sabah untuk meluaskan kuasa dan berbakti kepada rakyat mereka sendiri. Dorang ni memang gilakan kuasa… Kalau boleh, semua dorang nak kawal.

Korang nilaikan jela, bagaimana DAP dan PKR akan membahagikan kerusi kepada dua parti baharu yang sertai pakatan pembangkang tu. Berapa agaknya jumlah kerusi yang akan diberikan pada Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu nanti?

Kalau pada parti tempatan Sabah pun dorang tak diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) berdasarkan pertandingan 1 lawan 1. Inikan pula nak berikan kerusi pada PAN dan parti cap bunga tu. Silap-silap, DAP dan PKR hanya benarkan dorang bertanding di kerusi PAS je. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s