Sejak Bila BN Takut Dengan Pakatan Pembangkang??

sejak-bila

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba pembangkang mendakwa yang Barisan Nasional (BN) takut sangat dengan kerjasama yang terjalin antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Haha! Kelakar sangat… Entah sejak bila BN takut dengan pakatan pembangkang?? Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat sehingga ia terkubur… Dan kini ‘recycle’ balik menjadi Pakatan Harapan dan disertai oleh PPBM… BN sikit pun tidak pernah goyang dan gusar.

Naib presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, kononnya BN kini sedang ketakutan dan gusar dengan gabungan terbaru pakatan pembangkang itu. Analisis tidak bernas itu dibuat setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa akan berlaku pertikaian dan perebutan kerusi pada PRU14 antara PH dan PPBM.

Hah! Macam tak logik je… Sejak dahulu lagi memorandum persefahaman (MoU) yang dibuat oleh pembangkang tidak pernah berhasil. Jadi apa yang hendak ditakutkan? Apa yang jelas kini, sebelum MoU ditandatangani lagi, sudah ada perebutan kerusi berlaku antara pembangkang.

Jadi apa lagi yang Naib Presiden PPBM ini hendak nafikan?? Korang ambil contoh amaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN). PKR bertindak mengharamkan dua parti itu bertanding di Selangor dan Pulau Pinang.

Manakala di Kedah pula, DAP melarang keras PPBM dan PAN daripada bertanding atas kerusi DAP dan PKR. Jadi dimana persefaham dan perjanjian MoU yang dibuat mereka?? Macam tu ke kita panggil persefahaman? Apa yang Hamidah cuba sembunyikan?

Kenyataan kononnya BN cuak dan takut apabila PPBM dan Pakatan Harapan bergabung adalah sangat tidak boleh diterima… Tak logik langsung. BN tidak perlu risau dengan perjanjian yang dilakukan pembangkang kerana setiap kali PRU pasti perjanjian baru akan dibuat oleh mereka.

Berbeza dengan BN dan parti-parti komponen BN… Sepatutnya pembangkang mengambil contoh kerjasama yang terjalin antara BN dan parti komponennya. Bukan fitnah kononnya BN takut semata-mata bagi mengaburi situasi pembangkang sekarang ini yang berebutkan kerusi. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s