PKR Sanggup Sedekah Kerusi Pada Parti Cap Bunga

pkr-sanggup

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini sudah memberi kata dua akan memberikan kerusi mereka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Tapi sejauh mana kesahihan dan kebenaran kata-kata PKR itu, Gomez tak pasti… Yela, dorang tu sekejap cakap itu sekejap cakap ini. Awal-awal cakap nak bagi kerusi tapi akhir sekali, cakap taknak bagi pulak… Siapa tak kenal dengan sifat pembangkang yang mempunyai pendirian tidak tetap ni.

Keputusan mahu memberi kerusi kepada parti cap bunga itu disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Kononnya nak ambil pendirian yang sama seperti yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk.

PAS dan DAP dahulu memberi laluan dan kerusi kepada PKR… Jadi sekarang ini PKR merasakan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan perkara yang sama kepada parti cap bunga tersebut. Haaaa, elok sangat la tu… ‘Settle’ masalah korang kan.

Ini baru la dinamakan persefahaman dan mencapai kata sepakat dalam perbincangan yang dilakukan Pakatan Harapan bersama dengan parti cap bunga tu. Jangan nanti ada suara-suara sumbang dalam PKR yang tak setuju dengan cara Azmin ni, sudah la.

Namun begitu, PKR hanya akan memberikan kerusi mereka kepada parti cap bunga di kawasan yang berpotensi untuk mereka menang sahaja. Gomez nampak pastinya PKR tidak akan melepaskan kerusi mereka di Selangor untuk parti cap bunga itu.

Dengar kata, PKR akan memberikan kerusi mereka di Johor dan Melaka jer… Yela, sebab Presiden parti cap bunga, Tan Sri Muhyiddin Yassin tu kan ada pengaruh sikit di Johor tu.

Mungkin berbaloi bagi PKR untuk sedekahkan kerusi di Johor untuk parti cap bunga tu. Akan tetapi perkara ini masih lagi dalam perbincangan, harap takde yang gaduh berebut kerusi lagi yer. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s