Parti Serpihan PAS Enggan Bergabung Dengan PKR

parti-serpihan

Parti Amanah Negara (PAN) tidak bodoh untuk menjadi pengikut dan kuda tunggangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). PAN hanya akan berbakti kepada DAP dan mengikut segala telunjuk parti chauvinis itu sahaja. Menjadi hamba kepada DAP adalah pilihan utama bagi PAN… Sebab tu la PAN menolak cadangan PKR untuk bergabung.

Untuk menurut perintah PKR, rasanya mungkin tidak sama sekali. Oleh yang demikian, Timbalan presiden PAN, Salahuddin Ayub hari ini menegaskan bahawa tidak terlintas dalam pemikiran PAN untuk menerima cadangan penggabungan parti itu bersama PKR. Sekali pun idea itu tidak pernah timbul dalam kepala mereka.

PAN mungkin boleh diperbodohkan oleh DAP, namun tidak bagi PKR. Dalam pada masa yang sama, Salahuddin turut berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana menyuarakan pandangan tak logik mengenai perlunya penggabungan antara PAN dengan PKR.

Dengan alasan kononnya mahu hubungan antara mereka kekal kukuh… Hahaha.. Eeiyuuu, alasan apa tu? Cadangan penggabungan itu asalnya disuarakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin… Dan mendapat sokongan Azmin.

Tegas PAN… Mereka hanya akan bersama dengan DAP serta PKR dalam bentuk Pakatan Harapan sahaja. Tidak akan timbul soal mahu bergabung.. PAN sama sekali tidak bersetuju. Elok sangat la tu dorang tak setuju…Tapi kalau PAN setuju memang dorang ni tak cerdik la. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s