Filem Bollywood Kembali Ditayangkan Di Pakistan

newport-cinemas-at-resorts-world-manilap755-philippines

Panggung wayang di Pakistan kembali menayangkan filem-filem dari produksi Bollywood bermula hari ini (19 Disember), lapor media tempatan.

Pemilik panggung wayang berkata, mereka sebelum ini hanya menggantung sementara tayangan filem dari India, namun tidak sepenuhnya ‘mengharamkannya’.

“Penggantungan yang dibuat sebelum ini berakhir pada 19 Disember,” kata pemilik panggung Atrium, Nadeem Mandviwala.

Tambahnya, filem-filem yang tidak dapat ditayangkan sebelum ini akan mendapat giliran tayangan semula.

“Kami menarik balik penggantungan ini berdasarkan keputusan persatuan. Kami mengambil keputusan ini kerana mahu menyokong panggung India, dan mengharapkan mereka dapat menyokong kita sebagai balasan.

“Kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan, tidak kiralah tangan siapa lebih besar. Yang penting adalah tepukan bersama. Mesej itulah yang kami ingin sampaikan kepada India,” ujar Pengarah Mandviwala Entertainment, Aadil Mandviwala.

Pada September 30, pengurusan panggung-panggung wayang di Pakistan membuat keputusan menghentikan tayangan filem dari India sebagai tanda protes pengharaman artis Pakistan di India, selain menunjukkan solidariti dengan angkatan bersenjata Pakistan.

Semuanya bermula apabila Persatuan Penerbit Filem India (IMPPA) mengharamkan pelakon, penyanyi dan juruteknik Pakistan daripada bekerja di India.

Isu itu menjadi lebih hangat apabila seorang pemimpin parti politik India, Raj Thackeray mengeluarkan kenyataan untuk mengekang penggiat seni Pakistan: “Dengan populasi kita yang mencecah 1.5 bilion, kita tidak perlukan mereka.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s