DAP Mahu Graduan Kelas Pertama Bayar Pinjaman PTPTN

dap-mahu

DAP menggesa agar pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan ijazah kelas pertama ditarik balik. Katanya, pengecualian tersebut bukanlah sesuatu perkara yang bijak.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, pengecualian tersebut hanya akan menguntungkan golongan berpendapatan tinggi disebabkan golongan berpendapatan tinggi ini, pastinya mempunyai kemampuan yang cukup untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Tambahnya, memandangkan PTPTN sekarang ini sedang menghadapi masalah dana dan kerugian berterusan saban tahun…. Jadi DAP mengibaratkan pengecualian itu bukan sesuatu langkah progresif yang sesuai.

Dalam pengiraan pemimpin DAP ini, dia hanya melihat kononnya golongan berpendapatan menengah atas selalunya berpeluang besar mendapat keputusan kelas pertama. Akan tetapi dia harus ingat, bukan golongan berpendapatan tinggi je tau anak-anak dorang pandai.

Tetapi golongan kurang berpendapatan jugak ada yang anak-anak mereka pandai dan bijak. Jadi tiada istilah pengecualian itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak… Senang cakap kalau korang taknak bayar balik pinjaman PTPTN… Korang belajar je rajin-rajin sampai dapat kelas pertama.

Tak kisah la datang dari keluarga miskin atau kaya… Kalau kaya tapi pemalas buat apa! Kena bayar PTPTN jugak. Tapi kalau dah kaya, buat apa nak pinjam PTPTN.. Hahaha! Jika graduan kelas pertama mendapat kerja bagus dan gaji lumayan.

Itu menjadi habuan dan ganjaran bagi mereka setelah penat lelah berusaha untuk mendapat kelas pertama. Jadi cadangan pengecualian oleh DAP ini langsung tidak menguntungkan graduan. Orang dah beri keistimewaan pada graduan… DAP suruh tarik balik pulak. Bila tarik balik, kata kejam pulak.

Apa yang Ong Kian Ming cuba sampaikan adalah rugi jika graduan kelas pertama mendapat kerja dan gaji yang bagus, serta mampu untuk bayar semula pinjaman PTPTN tetapi mereka diberi pengecualian.

Kesian dekat orang yang belajar tak berapa pandai dan tak dapat kelas pertama… Kerja dan gaji pulak tak bagus, kemudian kena pulak bayar PTPTN. Itu nasib dorang la sebab tak rajin belajar dan usaha hingga dapat kelas pertama.

Persoalannya, patut ke graduan kelas pertama ditarik balik keistimewaan itu? Korang rasa?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s