Beli TV Secara Online Tapi Dapat Papan!!

Sekarang ni semua benda hanya di hujung jari, teknologi semakin canggih.. Kalau dulu nak beli barang kena bersusah payah untuk keluar, sekarang tak payah keluar hanya buat pembelian menerusi ‘online’ je.. Setiap perkara itu ada bagus dan tak bagusnya..

Bagusnya beli secara ‘online’ ni kita tak perlu susah-susah keluar untuk beli barang.. Tapi, yang tak bagusnya pulak.. Risiko mungkin akan menjadi mangsa penipuan.. Beli secara online bukan boleh di pegang dan dirasa barang yang nak dibeli tu.. Sekadar tengok menerusi gambar dalam telefon bimbit je..

Peratus kalau nak kena tipu beli secara online memang tinggi.. Baru-baru ini, dah viral seorang pengguna laman sosial dah menjadi mangsa tipu oleh penjual TV online.. Kesian gila kena tipu macam ni, ingatkan beli TV secara online dapat dengan harga yang murah, rupa-rupanya dah kena tipu..

Duit dah bayar dan barang pun dah selamat sampai di hantar oleh posmen di rumah.. Bila buka kotak memang tengok dah dapat TV, bila nak hidupkan TV tak boleh hidup.. Dah buat macam-macam cara masih tak boleh hidup..

Bila tengok dengan teliti TV yang dapat tu sebenarnya sekeping papan yang dibalut dengan plastik yang berbentuk TV.. Sekali tengok nampak macam TV betul, bila koyak.. Tengok-tengok dalam tu sebenarnya papan saja.. Jangan dok buat naya kat orang macam ni, nak berniaga biar jujur..

Sedap sangat ke makan duit haram hasil menipu orang? Anak-anak kecik dah seronok sebab dapat TV baru, tengok-tengok dapat TV papan.. Berhati-hati kalau nak membeli secara online.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s