Azmin GAGAL!! Masalah Air Di Selangor Berulang Lagi!!

azmin-gagal

Rakyat ternyata sangat kecewa dengan kegagalan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam menguruskan hal kebajikan dan pentadbiran negari tersebut. Ini kerana masalah dan krisis ketiadaan air di Selangor sekali lagi membelenggu rakyat.

Masuk kali ini, sudah tiga kali negeri Selangor mengalami masalah air… Itu dalam setahun tau! Sampai tiga kali tiada air… Apa nak jadi dengan Azmin ni?? Bila dia nak selesaikan masalah ketiadaan air di Selangor? Hari tu kata Selangor ni kaya raya… Tapi tak kan kaya sampai air pun takde?

Bukan sahaja penduduk… Malah pengusaha restoran juga turut mengeluh dan sangat kesal dengan pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Sudah tiga hari dorang takde air… Lebih 3.8 juta pengguna terjejas teruk.

Hari tu masa perayaan Deepavali pun tiada air… Kali ni bila tiba perayaan Krismas pun tiada air. Macam mana penduduk nak buat persiapan?? Habis rakyat Selangor tertekan memikirkan masalah ketiadaan air di kawasan perumahan mereka. Kerana kegagalan Azmin, rakyat pula yang menderita.

Rakyat sebenarnya dah muak dengan alasan dan notis catuan air, sedangkan air adalah keperluan utama mereka. Bukan itu sahaja… Notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah terlalu singkat. Jadi mana sempat dorang nak buat persediaan.

Dengar kata gangguan air ini berlaku akibat daripada kerja penyelenggaraan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Kuala Selangor yang menyebabkan loji-loji rawatan air utama ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi.

Kerja penyelenggaraan tersebut menyebabkan gangguan air di beberapa kawasan seperti Petaling Jaya, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Berkemungkinan besar gangguan air ini berlarutan sehingga malam ambang Krismas.

Apa yang Azmin bakal lakukan?? Tak kan nak buat perkara yang sama je?? Janji masalah air akan diselesaikan tapi masalah sama berulang jugak. Hari tu cakap masalah air tak akan berulang, tapi kali ini apa?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s