Zunar Sanggup Dipenjarakan Kerana Lukisan Menghasut

zunar-sanggup

Kartunis kontroversi, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali dengan nama Zunar, berikrar akan terus melakukan kerja-kerja melukis sehingga ke hujung nyawanya. Maknanya, si Zunar ni sanggup dipenjarakan kerana lukisan-lukisan menghasutnya itu??

Akui bahawa dirinya juga takut dipenjarakan, namun lukisan menghasutnya itu lagi penting daripada kehidupan bebasnya. Kononnya si Zunar ni nak terus melukis sebab nak bongkarkan segala ‘kegiatan rasuah dan ketidakadilan di negara ini’.

Ujarnya bakat melukis bukanlah anugerah dari Tuhan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang lebih besar daripada ketakutan. Ohhhh, maknanya bakat melukis tu datang dari dirinya sendiri ke?? Bukan Tuhan yang anugerahkan ke?? Eshhh, teruk!

Elok la kalau si Zunar ni dipenjarakan pun… Cakap macam dia tu hebat sangat… Anugerah dari Tuhan pun dinafikannya. Itu kalau Tuhan tarik balik keistimewaan yang dimilikinya, macam mana?? Baru nak menyesal ke??

Zunar kini berdepan 9 pertuduhan di bawah Akta Hasutan, selain pernah ditahan 2 kali di bawah akta sama. Selain itu, 7 bukunya diharamkan, 3 kilang percetakan yang mencetak bukunya dan pejabatnya telah diserbu pihak berkuasa.

Dan yang paling terbaru, Zunar bersama 2 pembantu dan 2 peminatnya ditahan ketika menghadiri majlis “Minum Petang Bersama Zunar” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Zunar ditahan kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu, dan disiasat di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan atas sebab memudaratkan demokrasi berparlimen. Dalam tempoh kurang dari sebulan, sudah dua kali Zunar ditahan polis tapi dia masih tak serik.

Mungkin ini la yang terjadi kepada orang yang terlalu seronok menghasut rakyat dalam usaha mereka memperburukkan kerajaan. Lukisan yang dilukis Zunar semuanya menghina dan memberi gambaran buruk kepada perdana menteri serta pemimpin negara lain. Patut ke kita biarkan perkara tersebut terus merebak di Malaysia ni?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s