Shaarnaz Dan Noornabila Tidak Akan Bertunang Tapi Terus Kahwin

Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).

Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

“Majlis pernikahan kami akan berlangsung pada suku pertama tahun hadapan, segala persiapan untuk bergelar suami saya dah siap dengan sepenuhnya.

“Untuk majlis merisik memang dah lama rancang, hari ini adalah hari sesuai setelah keluarga Noornabila pulang daripada umrah.

“Kali ini memang serius, lagipun umur pun dah semakin meningkat, rasanya tidak wajar untuk saya main-main lagi mengenai hidup saya,” kata Shaarnaz..

Tambah Shaarnaz lagi, pada majlis pernikahan nanti dia akan menjemput media untuk hadir dan meraikan hari bahgianya.

“Majlis pernikahan sudah semestinya kehadiran media amat diperlukan kerana mereka telah banyak membantu saya memberi publisiti kepada kerjaya seni saya.

“Ada rakan-rakan media yang dulunya adalah wartawan lapangan dan kini sudah menjadi editor, saya tidak akan lupakan mereka.

“Cuma majlis merisik ini cukuplah ahli keluarga yang terdekat yang hadir, apa-apa segala rezeki yang diberikan saya amat bersyukur,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s