Riezman Khuzaimi Akan Bawa Isteri Pergi Bulan Madu Di Tanah Suci Makkah

Pelakon, Riezman Khuzaimi, 46, memilih untuk berbulan madu di Tanah Suci Makkah bersama isteri, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, bulan depan.

Sebelum itu, katanya, beliau dan wanita usahawan yang mendapat jolokan sebagai ‘Iron Lady’ itu akan menyelesaikan segala urusan majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember ini.

Pelakon berkenaan menamatkan zaman duda bersama usahawan syarikat gergasi dalam industri peralatan paip serta kosmetik tanah air itu pada 15 Disember lalu. Majlis akad nikah mereka diadakan di Shah Alam, Selangor, secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri kira-kira 40 anggota keluarga terdekat.

Sabtu ini, pasangan mempelai berkenaan akan diraikan di sebuah hotel di Shah Alam.

“Insya-Allah bulan depan kami akan berbulan madu dengan mengerjakan umrah bersama-sama. Sebelum itu, kami mahu selesaikan dulu majlis pada 24 Disember ini, membabitkan rakan media dan penaja.

“Alhamdulillah, kehidupan saya kini juga semakin lengkap dengan kehadirannya,” katanya..

Ketika ini, pelakon drama Nasi Minyak Kuah Cinta itu turut sibuk melakukan persediaan bagi melancarkan pelbagai sambal segera di bawah nama R For Recipe, tahun hadapan.

“Saya sebenarnya sudah menceburi dunia perniagaan sejak 2011 lagi. Namun, ia tidaklah bermakna saya akan berhenti berlakon.

“Dunia lakonan yang diceburi sejak dua dekad lalu takkan saya tinggalkan begitu saja. Cuma, saya kini lebih selektif dan tidak boleh menerima apa saja tawaran dihulurkan. Jadi, dengan adanya sedikit waktu, saya alih ruang masa itu kepada dunia perniagaan.

“Selepas dua restoran saya, RK Recipe Kafe di Taman Melawati dan Jalan Stonor ditutup, hujung tahun lalu, saya mula mengikuti kursus dan seminar keusahawan. Saya juga mula berjinak-jinak dalam dunia korporat kerana isteri turut menceburi sektor berkenaan,” katanya yang sebelum ini turut terbabit dalam perniagaan menjual biskut dan pakaian.

Riezman pernah berkahwin dengan pelakon, Kartina Ayub, pada 2001 namun berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Afiq Kiraman, 13, dan Ruzain Nars, 8. Kartina pula mempunyai seorang lagi anak daripada perkahwinan terdahulu, Tatiana Batrisya, 21.

Isteri terbaharunya juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s