PM Jawab Fitnah Pembangkang Mengenai Kos MRT Bernilai RM100 Billion

pm-jawab

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat penafian mengenai tuduhan dan fitnah yang dibuat puak rejim pembangkang. Pembangkang sebelum ini memfitnah kononnya projek Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) menelan belanja RM100 bilion.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, beliau menegaskan bahawa kerajaan bukan sahaja mampu untuk melaksanakan projek mega… Bahkan kerajaan juga mampu untuk membuat penjimatan hasil daripada projek besar tersebut.

Sangat jelas bahawa pembangkang sengaja menabur fitnah bagi memburukkan nama kerajaan di mata rakyat. Hakikatnya, kerajaan hanya membelanjakan sebanyak RM21 bilion bagi projek mega MRT tersebut. Jumlah tersebut jauh lebih menjimatkan dari kos sebenar yang telah diperuntukan iaitu RM23 bilion.

Penjelasan tersebut lantas menafikan tuduhan kononnya projek ini menelan belanja RM100 bilion, biasa la pembangkang ni kan kerjanya kaki fitnah. Bila dah kantoi macam ni boleh pulak dorang buat bodoh je macam takde apa-apa.

Perdana menteri bukan sahaja berjaya melancarkan fasa satu projek MRT lebih awal dari jadual yang ditetapkan… Akan tetapi beliau telah membanggakan kerajaan kerana telah berjaya mengurangkan kos pembikinannya sebanyak RM2 bilion.

Walaupun negara sekarang ni berdepan dengan masalah ekonomi dan terus menerus difitnah serta dikritik pembangkang… Namun kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menerajui projek mega ini, menunjukan kerajaan BN masih mampu untuk membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat.

Bukan sahaja projek MRT yang boleh dibanggakan… Malah projek Lebuhraya Pan Borneo yang dilaksanakan secara berperingkat di Sabah dan Sarawak itu juga, menjadi antara petunjuk kerajaan masih mampu melaksanakan projek besar.

Oleh demikian, sebagai rakyat kita haruslah bijak menepis segala tohmahan pembangkang… Menilai mana satu fitnah dan mana satu fakta. Jangan nak percaya bulat-bulat je! Pembangkang tidak akan puas memfitnah selagi kerajaan BN tidak tumbang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s