PKR Jangan Buat P.Pinang Dan Selangor Macam Harta Sendiri

pkr-jangan-buat

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan supaya tidak menjadikan Pulau Pinang dan Selangor sebagai negeri kepunyaan dan hak milik kekal mereka. Peringatan tersebut dibuat setelah PKR mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) daripada bertanding di kedua-dua negeri itu, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, PKR tidak sepatutnya membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan. Sebaliknya perkara mengenai kerjasama politik tersebut perlu dibawa dalam mesyuarat tertutup yang melibatkan kepimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM. Mana boleh sesuka hati je buat keputusan mengenai pengagihan kerusi tu.

Khalid mendakwa, tindakan PKR tersebut melambangkan betapa terdesaknya parti itu untuk mengekalkan kedudukan mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Cadangan tersebut juga menunjukkan bahawa PKR tidak cukup matang dalam membuat keputusan.

Bekas ahli PAS itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menggambarkan kemungkinan besar parti cap bunga dan parti serpihan PAS itu tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Jelas sikap PKR ini menunjukkan bahawa mereka tamakkan kuasa… Cakap-cakap yang mengatakan perjanjian antara parti pembangkang selama ini, hanyalah sebagai satu bayangan bagi membutakan mata rakyat mengenai sikap mereka sebenar.

PKR ni sebenarnya pentingkan diri sendiri… Sebab tu dorang hanya benarkan kedua parti itu bertanding di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) sahaja. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s