Pembangkang Jelas Didominasi Oleh DAP

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menamakan bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri interim untuk Pakatan Harapan, membuktikan wajah sebenar kerjasama antara pembangkang itu yang didominasi DAP.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan Kit Siang menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai bakal Perdana Menteri diyakini tidak dipersetujui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Kita tidak pasti kenyataan Kit Siang itu dipersetujui rakan mereka yang lain atau tidak…tetapi ia nyata bertentangan dengan Tun (Mahathir) yang sebelum ini enggan menamakan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri semasa konvensyen Pakatan Harapan.

“Tindakan Kit Siang memberi satu tamparan hebat buat Mahathir dan PPBM kerana Kit Siang turut mencadangkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Annuar pada masa sama yakin akan ada parti dalam Pakatan Harapan itu yang akan menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri.

“Kita perlu ingat PAS masih mempunyai peranan dan kerjasama di Selangor. PAS pastinya menolak kerana kita sudah maklum semasa isu siapa Menteri Besar Selangor, PAS enggan menamakan Wan Azizah sebagai calon.

“Jika semasa pertelingkahan siapa Menteri Besar mereka menolak, pastinya nama Wan Azizah turut ditolak sebagai Perdana Menteri dalam kalangan pembangkang,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku dalam kalangan pembangkang ini adalah polemik yang tiada kesudahan dan ibarat bom jangka yang akan membawa masalah besar kepada pembangkang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s