Mukhriz Rayu PAS Korbankan Kerusi Pilihanraya Kepada Bersatu

6c-copy

Sebelum ini, Tun Mahathir bukan main lagi mengutuk PAS, kononnya parti Islam tersebut telah makan dedak yang ditaburkan oleh Presiden UMNO, DS Najib Razak sehingga tidak mahu bersama Pakatan Pembangkang.

Mahathir juga menuduh PAS lebih sayangkan UMNO berbanding parti-parti pembangkang yang lain didalam Pakatan Harapan, apabila PAS menolak untuk berbincang mengenai kerjasama bersama DAP untuk membuat persediaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

Tak cukup dengan itu, anak Mahathir yang disingkirkan dari UMNO selepas dikatakan mengkhianati parti pula mengecam PAS di beberapa ceramah parti Bersatu di seluruh negara, seolah-olah PAS telah melakukan dosa besar kerana enggan berkerjasama dengan DAP.

Mukhriz yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga melabelkan PAS sebagai ‘parti kerusi’ kerana PAS tetap mempertahankan pendirian mereka untuk bertanding di 70 kerusi parlimen semasa pilihanraya umum ke-14 nanti.

Anak lelaki Mahathir tersebut juga pernah secara sinis menasihati PAS supaya mengukur baju di badan sendiri, apabila PAS membuat kenyataan mahu mewujudkan pertandingan satu lawan satu semasa bertanding di Pilihanraya nanti.

Hingga ke satu masa, Mukhriz juga pernah menganggap PAS kini telah diperkudakan oleh UMNO apabila bertegas untuk meletakkan calon dikawasan-kawasan yang juga menyaksikan parti lain turut bertanding.

Tetapi setelah menyedari bahawa sokongan rakyat khususnya orang-orang melayu terhadap parti Bersatu tak sehebat yang diimpikan oleh Mahathir serta Muhyiddin, Mukhriz tanpa rasa malu membuat ‘pusingan U’ bagi meraih simpati dari PAS.

Mukhriz kini merayu agar PAS boleh bersedia untuk berganding dengan Pakatan Harapan yang didakwa mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak. Inilah yang dikatakan politik muka tembok yang diamalkan oleh kedua-dua beranak tersebut.

Dalam satu kenyataan, Mukhriz menyatakan bahawa target undi Bersatu adalah dikalangan pengundi Melayu dan berharap PAS dapat memberi laluan kepada mereka untuk bertanding, memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Rasanya PAS bukan bodoh untuk termakan umpan yang cuba ditabur oleh ahli politik buangan UMNO tersebut. PAS sebelum ini bukannya tidak pernah bertoleransi memberikan kerusi kepada PKR dan DAP, tetapi telah dikhianati selepas mereka menang.

Lebih elok PAS menumpukan pada 70 kerusi yang bakal ditandinginya tanpa mengira apapun rayuan, mahupun caci maki daripada pihak lawan didalam Pakatan. Jangan kan kata Mukhriz, kalau Mahathir sekalipun merayu tak perlu PAS layan kerana tak ada gunanya mendukung biawak hidup!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s