Kit Siang Buat Lawak Bila Cadangkan Wan Azizah Sebagai Perdana Menteri

kit-siang-buat

Ada yang tergaman dan pastinya ada yang tergelak besar, tatkala penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan dan memberi kata dua menyebut bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal dijadikan sebagai perdana menteri sementara.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bukan sahaja geli hati dengan cadangan Kit Siang tersebut, malah ia dianggap sebagai satu jenaka politik yang sangat melucukan.

Hendak menang dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebaik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V juga adalah sangat rumit.

Dorang ingat semua benda tu macam main kahwin-kahwin zaman budak-budak dulu ke?? Senang-senang je nak jadikan perdana menteri sementara, lepas tu main bagi pulak kat orang lain. Korang ingat pentadbiran kerajaan ni bapak korang punya ker? Suka hati je nak buat macam tu.

Matlamat yang dibawa pembangkang langsung tidak realistik… Kalau Anwar dapat pengampunan, Wan Azizah kena kosongkan kerusi. Kemudian adakan pilihan raya kecil pulak dan macam-macam lagi. Proses tu bukan mudah beb! Bukan je rugi masa, malah rugi wang ringgit.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan itu menambah, pembangkang kini cuba meyakinkan rakyat kononnya mereka juga mampu untuk menjadi pemimpin negara jika diberi peluang oleh rakyat.

Nak memerintah negara macam mana kalau pakatan pembangkang pun dorang tak boleh satukan… Jadi macam mana dorang nak satu padukan rakyat? Kalau korang nak tahu, bukan semua ahli parti pembangkang setuju dengan cadangan Kit Siang untuk jadikan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara.

Jadi senario yang berlaku antara pembangkang sekarang ini dianggap sebagai lucu… Dungu la siapa yang setuju Wan Azizah jadi perdana menteri.. Hahaha! Apa korang agak yang akan terjadi antara pembangkang selepas ini? Boleh jadi dorang gaduh pasal calon perdana menteri pulak!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s