Khalid Samad Beri AMARAN Pada Wan Azizah Di Permatang Pauh

3c-copy

Kemelut diantara Parti Amanah Negara (PAN) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin meruncing, apabila kedua-duanya mula bertelingkah secara terbuka didalam pembahagian kerusi pilihanraya khususnya dikawasan-kawasan kubu kuat masing-masing.

PAN yang sememangnya terdesak untuk mencari kawasan untuk meletakkan calon Pilihanraya Umum ke-14, mula melakukan perbuatan yang dianggap keterlaluan apabila berani ‘menceroboh’ kawasan yang menjadi milik PKR.

Jka difikirkan secara logik akal, PAN memang langsung tak mempunyai peluang untuk meletakkan calon mereka di sebarang Pilihanraya Kecil, Negeri ataupun Pilihanraya Umum kerana semua kawasan sudah pasti ada parti yang bertanding.

Tanpa merampas kerusi dari parti lain, PAN tak mempunyai pilihan untuk meletakkan calon dikawasan-kawasan tertentu melainkan bertembung dan ‘berperang’ dengan parti yang ada dikawasan-kawasan tersebut.

Masalahnya sekarang ini ialah, selain dari kesukaran untuk menentukan kawasan bagi meletakkan calon, PAN juga ketandusan calon berwibawa bagi meyakinkan pengundi dan juga rakyat untuk memilih mereka sebagai wakil.

Selain itu, keahlian PAN yang sedikit serta kekurangan penyokong parti telah membataskan kemampuan PAN untuk mencabar parti-parti lain yang jauh lebih senior didalam pembangkang. Kelemahan itu juga membuatkan PAN kurang diyakini untuk bertanding, khususnya menentang calon BN.

Ramai mengetahui bahawa PAN akan menyasarkan ‘muncung senjata’ mereka kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) di pilihanraya umum nanti. Dimana PAS meletakkan calon untuk bertanding, maka di situlah PAN akan berkampung.

Tetapi yang menjadi kekecohan sekarang ini ialah, PAS sudah tentu akan meletakkan calon bertanding dikawasan UMNO/BN dan juga kawasan Pakatan Harapan sendiri. PAS mampu berbuat demikian kerana PAS bukan dari kelompok Pakatan, malahan juga bukan dari gagasan Barisan Nasional.

Bagaimana PAN mahu bertanding melawan PAS sahaja sekiranya terpaksa berhadapan dengan UMNO/BN.., serta PKR ataupun DAP semasa di pilihanraya umum nanti? PKR, DAP, mahupun UMNO/BN amat mustahil untuk melepaskan kawasan mereka bagi memberi laluan kepada pertembungan satu lawan satu PAS dan PAN.

Inilah yang menyebabkan Khalid Samad marah sangat pada Wan Azizah dan PKR apabila kehendak PAN untuk bertanding menentang PAS di Parlimen Permatang Pauh dihalang. Memang betul bahawa P.Pinang atau mana-mana negeri pembangkang adalah bukan milik mutlak sesebuah parti, tapi itu bukan bermakna PAN boleh berbuat sesuka hati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s