Kenapa Azmin Ali Tidak Dipilih Menjadi Perdana Menteri??

Agak menghairankan dan timbul pelbagai persoalan dalam pemikiran rakyat jelata… Kenapa harus Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih menjadi kambing hitam sebagai calon perdana menteri sementara??

Kenapa perlu ada calon sementara bagi menempah tiket jawatan perdana menteri kepada Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kenapa pembangkang tak pilih je calon perdana menteri yang betul-betul layak untuk menjawat jawatan tersebut jika mereka menang pada pilihan raya umum kali ini.

Kenapa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak dipilih sebagai calon perdana menteri bagi pembangkang? Apa kurangnya Azmin dan apa lebihnya Wan Azizah? Adakah kerana Wan Azizah isteri kepada Anwar, jadi perkara itu lebih mudah bagi mereka untuk memberi laluan kepada Anwar apabila dibebaskan nanti.

Hairan jugak kenapa dorang tak pilih Azmin sedangkan dia lebih berpengalaman kerana menjadi Menteri Besar Selangor… Bukan tu je Azmin jugak merupakan orang PKR. Jadi takde rugi apa-apa pun! Gomez pun tak faham, kenapa si Wan Azizah yang tak tahu buat kerja tu jugak yang menjadi pilihan pembangkang.

Veteren DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mengumumkan Wan Azizah sebagai calon perdana menteri sementara manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.

Tak salah nak pilih calon perdana menteri sementara… Tetapi setidaknya, pilih la yang berkelayakan sikit… Berpengalaman dan tahu untuk menguruskan negara dengan betul. Bagi Gomez Wan Azizah langsung tak layak jadi perdana menteri sementara. Langsung tiada kebolehan dan kepakaran.

Kalau iye pun, pilih la calon yang mampu buat kerja dan bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Nak harapkan Wan Azizah?? Huhhh! Masalah banjir kilat di Kajang pun dia tak dapat selesaikan!

Itu tak cakap lagi pasal masalah rakyat di Permatang Pauh… Ada Wan Azizah ambil peduli? Turun padang tengok rakyat pun tidak! Itu pun berangan nak jadi perdana menteri sementara!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s