HSR Dan MRT Bakal Mengubah Lagi Landskap Pembangunan Negara

high-speed-rail

Ada dua peristiwa penting berlaku minggu ini. Pertama, perjanjian antara Malaysia dan Singapura bagi pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan keduanya pelancaran perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT) Fasa 1 laluan Sungai Buloh-Semantan.

Kedua-duanya yang bakal mengubah lagi landskap pembangunan negara kita berlaku dalam tempoh selang dua hari sahaja.

Bagi MRT, ia adalah satu impian jadi realiti. Ia pertama kali diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember 2010 dengan visi mahu menyediakan rakyat sistem pengangkutan awam moden setanding negara maju.

Selepas lima tahun, projek bernilai RM21 bilion, iaitu RM2 bilion lebih rendah daripada anggaran awalnya, mengambil penumpang pertama pada pagi Jumaat lalu.

Harapan kita, projek HSR yang sudah pun dipersetujui pelaksanaannya oleh kerajaan kita dan Singapura akan juga menjadi realiti.

Kita mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit kerana kerumitan projek mega yang dianggarkan menelan kos antara RM50-RM60 bilion ini, tetapi berdasarkan komitmen pemimpin kedua-dua negara, insya-Allah menjelang 2026, tren HSR pertama bakal menelusuri laju landasannya membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Jurong Timur dalam tempoh kurang dua jam sahaja.

Mungkin ada yang mempersoalkan apa pentingnya MRT dan HSR ini? Bagi yang tidak tinggal di Lembah Klang atau di negeri laluan HSR pula akan bertanya: “Apa manfaat yang aku dapat daripada projek itu?”

Tetapi seperti projek prasarana lain, MRT dan HSR ini bakal menyokong kepada kerancakan kegiatan ekonomi.

Apabila ekonomi negara berkembang, seluruh rakyat meraih manfaatnya. Ini samalah seperti ketika projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilancarkan pada 1981. Pada masa itu ramai beranggapan ia hanya akan memanfaatkan penduduk di negeri laluan lebuh raya berkenaan sahaja.

Namun, terbukti kini ia memanfaatkan semua. Lebuh raya sepanjang 772 kilometer yang siap sepenuhnya pada 1994 itu telah memberikan sumbangan amat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain menyokong kegiatan perniagaan menerusi pergerakan lebih pantas, ia juga merangsang pembangunan kawasan baharu.

Hasil pertumbuhan ekonomi itu bukan sahaja dinikmati penduduk di negeri sepanjang lebuh raya, malah turut dikongsi sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Sistem pengangkutan paling cekap, cepat dan boleh diharap adalah kunci kemajuan ekonomi sesebuah negara dan sebab itulah negara yang memiliki yang terbaik adalah yang paling maju.

Jika pada 1980-an dan 1990-an, Malaysia hanya memerlukan lebuh raya dan lingkaran jalan raya terbaik, tetapi menuju ke 2020 dan seterusnya, kita memerlukan lebih daripada itu. MRT dan HSR adalah antaranya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s