Datuk Siti Nurhaliza ‘Tawan’ Anugerah Industri Muzik ke-22

image

PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza menggondol lima anugerah di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged, penyanyi berusia 37 tahun ini menerima anugerah Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Anugerah Penyayi Pilihan Malaysia.

Faizal Tahir pula membawa pulang anugerah Lagu Terbaik melalui lagu Sejati yang juga menjadi Lagu Pop Terbaik.

Akim & Majistret pula memenangi anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Potret.

Buat pertama kalinya, De Fam menenangi anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu #Supergirls manakala Misha Omar dan Hafiz Suip memenangi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu melalui Terimaku Seadanya.

Artis Baru Terbaik pula diterima oleh naib juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Syamel.

Dalam pada itu, Yuna menerima Anugerah Kembara manakala Datuk Sheila Majid dikurniakan Anugerah Sri Wirama di atas kesetiannya selama lebih 30 tahun berjuang dalam industri seni tanah air.

AIM 22 dihoskan oleh Harith Iskander dan Adibah Noor.

Acara pada malam tadi turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Sakura Band, Yuna, SonaOne, Ameng, Cakra Khan, Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza dan Akim & Majistret.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s