Dari Komtar Tower Ke The TOP.. Guan Eng GELI Dengan Nama Tun Razak?

1c-copy

Bangunan Menara Kompleks Tun Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Menara KOMTAR, telah sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang kerana ia merupakan mercu tanda negeri yang tersergam indah di tengah-tengah pusat bandar Georgetown.

KOMTAR dinamakan sempena dengan nama Perdana Menteri Kedua Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak Bin Hussein Al-Haj. Kompleks setinggi 65 tingkat tersebut dimulakan pembinaannya pada Januari tahun 1974 dan siap sepenuhnya pada tahun 1988.

Menara KOMTAR juga menjadi pusat pentadbiran negeri di P.Pinang sejak dari zaman pemerintahan Tun Dr Lim Chong Eu sehinggalah sekarang. Hampir kesemua agensi-agensi negeri beribu pejabat di Tingkat 3 menara berkenaan bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran negeri.

KOMTAR juga dianggap sebagai pusat sehenti kepada rakyat P.Pinang kerana selain pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan, ia juga menempatkan pusat membeli belah, Hotel, pusat IT dan juga premis-premis makanan yang terkenal.

Malangnya, kini Menara KOMTAR yang sejak sekian lama menjadi kebanggaan rakyat negeri P.Pinang, akan ditukar namanya oleh kerajaan DAP negeri pimpinan Lim Guan Eng selepas hanya 8 tahun mengambil alih pentadbiran negeri daripada kerajaan Barisan Nasional.

Semasa perasmian satu majlis di Menara KOMTAR semalam, Guan Eng dengan bangganya membuat kenyataan bahawa DAP telah bercadangkan mahu menukar nama Menara KOMTAR kepada The TOP yang dikatakan lebih bertaraf antarabangsa.

Guan Eng dan kerajaan DAP juga kononnya mendakwa, nama The TOP itu akan memberikan nafas baru kepada bangunan Menara KOMTAR yang dikatakan selama ini hanya menjadi bangunan kerajaan negeri dan tidak membangun.

Persoalannya sekarang, mengapakah Kerajaan DAP P.Pinang serta Guan Eng beria-ia benar mahu menukar nama Menara KOMTAR kepada satu nama yang asing seperti The TOP? Bukan kah nama Menara KOMTAR itu merupakan satu penghormatan kepada nama Perdana Menteri Kedua Malaysia?

Apakah Guan Eng dan Kerajaan DAP P.Pinang berasa sangat GELI dengan nama Tun Razak yang digunapakai semenjak tahun 1974 lagi? Dan apakah Guan Eng berasa malu apabila bangunan keenam tertinggi di Malaysia itu dinamakan sempena dengan nama melayu?

Rakyat melihat tindakan kerajaan DAP P.Pinang yang menukar nama Menara KOMTAR kepada The TOP ini sebagai satu cubaan untuk menghapuskan elemen-elemen sejarah dan warisan negeri. Ia juga secara tersiratnya menunjukkan bahawa betapa rasisnya kerajaan DAP negeri yang ‘GELI’ dengan nama pemimpin melayu.

Jika perkara ini dibenarkan berlaku, maka tidak mustahil selepas ini lebih banyak lagi nama-nama bangunan atau jalan yang bercirikan melayu akan ditukar ganti atas nama naik taraf antarabangsa serta kononnya mahu menarik lebih ramai pelancong.

Cubaan untuk menghapuskan sejarah orang melayu di P.Pinang ini tak harus diambil mudah, dan ianya wajar dihentikan segera kerana ia merupakan sebahagaian dari warisan kepada generasi akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s