DAP Kedah Enggan Beri Kerusi Kepada PAN Dan PPBM

dap-kedah-enggan

DAP Kedah nampaknya hanya menerima ‘kunjungan dan kehadiran’ parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai tetamu sahaja di negeri itu. Ini kerana walaupun DAP Kedah tidak menolak keberadaan parti-parti itu di Kedah… Akan tetapi mereka tidak diundang untuk memegang kerusi di negeri tersebut.

Walaupun DAP Kedah mengalu-alukan kehadiran parti cap bunga dan parti serpihan PAS itu dan sanggup memberi laluan kepada mereka. Namun, DAP Kedah tidak sanggup untuk melepaskan kerusi supaya ditandingi oleh sekutu mereka tersebut.

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew… Ujarnya parti cap bunga dan parti serpihan PAS itu boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka suka di Kedah… Asalkan jangan bertanding dan ganggu kerusi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

Maknanya disini, DAP dan PKR tidak mahu memberi kerusi mereka untuk dipertandingkan oleh parti-parti baharu itu… Jadi dimana kerjasama yang dicanang oleh DAP sebelum ini?? Kononnya akan buat perbincangan bagi pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Tapi ini belum apa-apa, DAP Kedah sudah haramkan PPBM dan PAN untuk bertanding di kerusi mereka… Apa kes beb! Namun begitu, perkara tersebut masih belum dibincangkan… Korang rasa PPBM dan PAN akan bersetuju ke dengan cadangan DAP Kedah ni?

Sebelum ni pun PAS dah bagi amaran agar tidak mengusik kerusi PAS… Jadi kerusi mana yang boleh PPBM dan PAN masuk bertanding, melainkan kerusi PAS dan Barisan Nasional (BN)? Alamatnya pasti akan ada peperangan perebutan kerusi antara PAS dan parti pakatan pembangkang.

Tegas Kok Yew… Banyak lagi kerusi yang boleh dipertandingkan oleh PPBM dan PAN seperti di Tokai dan Merbau Pulas selain daripada Langkawi. Nampak macam DAP Kedah tidak mahu melepaskan kerusi mereka kepada parti baharu tersebut. Kenapa?? Tak yakin dengan calon dari parti baharu tu ke?? Atau sebenarnya DAP memang tamakkan kerusi?? – TiraGomez/UtaraNew

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s