Cadangan Had Jawatan PM Hanya Gimik Politik Mukhriz

cadangan-had-jawatan

Orang kalau dah terdesak untuk mendapatkan sokongan dan perhatian ni, pasti apa sahaja cara sanggup dilakukannya. Memang tidak dapat disangkalkan lagi… Tindak-tanduk tersebut dapat dilihat menerusi Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pengerusi Kelab Belia Marksman, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri menganggap cadangan dan gesaan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal, hanya sebagai satu gimik politik.

Kenapa Mukkhriz beriya-iya nak hadkan jawatan perdana menteri dan diasingkan jawatan Menteri Kewangan, kalau pada zaman bapaknya Tun Dr. Mahthir Mohamad sendiri pun tak amalkan perkara yang sama??

Bapaknya dulu bukan setakat dua penggal… Tetapi berpenggal-penggal tau tak! Selama 22 tahun Mahathir menjadi perdana menteri, tapi takde siapa bising pun! Opss, sebenarnya bukan takde siapa bising tapi orang tak berani buka mulut kerana takut dipenjarakan oleh Mahathir.

Pada masa tu pemerintahan Mahathir umpama pemerintahan kuku besi! Jadi gesaan Mukhriz ini umpama menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Adakah Mukhriz juga mengalami penyakit lupa seperti bapaknya?

Lupa kot yang bapaknya pernah mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terlama dengan memegang jawatan itu selama 22 tahun. Jadi tak payah nak gimik politik sangat la, kalau bapak sendiri pun buat perkara yang sama.

Sepatutnya Mukhriz menasihati bapaknya semasa Mahathir menjadi perdana menteri dahulu. Dulu Mahathir pun pegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jugak… Tapi kenapa Mukhriz tak nasihat dan suruh bapaknya letak jawatan?

Siapa yang mulakan amalan Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Kewangan kalau bukan bapaknya? Dan kalau betul la Mukhriz ni nak bersikap adil… Kenapa masa jadi Menteri Besar Kedah dulu, dia tak cadang perkara ni? Kenapa baru sekarang?

Kerana itulah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar mengibaratkan gesaan Mukhriz ini sebagai gimik politik jer. Jawatan Perdana Menteri yang dipertikaikannya tapi jawatan di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dia tak kisah pun walau berapa penggal pun pembangkang nak pegang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s