BN Kedah Tidak Goyang Dengan Parti Cap Bunga

bn-kedah-tak-goyang

Apa jer kelebihan yang ada pada parti cap bunga tu?? Gomez tengok kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan memberi malapetaka kepada pembangkang je.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Barisan Nasional (BN) Kedah sedikit pun tak goyang dengan parti cap bunga tersebut. Apa jer yang dorang ada?? Sekarang ni pun dorang hanya sibuk meraih simpati dan sokongan dari rakyat Kedah.

Habis semua kenduri dorang pergi… Raih simpati di seluruh pasar malam… Lepas tu mengemis kasihan di pasar pagi dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Kononnya prihatin terhadap rakyat, sampai pasar malam yang sarat dengan pembeli pun dorang sanggup pergi tunjuk muka. Nak tunjuk kata mesra rakyat la konon… Kenapa dulu masa jadi pemimpin di Kedah takde pun buat macam tu.

Masa Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi Menteri Besar Kedah dulu bukan setakat lepak kedai mamak! Nak pergi pasar pagi dan bertemu dengan rakyat disitu pun dia jijik dan geli! Tapi sekarang ni.. Hahahaha! Semua ‘ceqok’ kampung Mukhriz pergi!

Sebab tu la BN Kedah langsung tidak hairan dengan parti cap bunga dibawah pimpinan Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ni! Dorang ni umpama pemimpin kecewa yang nak raih simpati rakyat.

Rakyat sendiri dapat menilai sejauh mana keikhlasan mereka… Sejauh mana kemampuan PPBM untuk berbakti kepada rakyat. Korang tengok jela… Parti cap bunga tu mana mampu yakinkan PAS untuk berbaik semula dengan DAP.

Itu pun nak bangga, kononnya rakyat sokong mereka.. Hahaha! Kelakar! Sudahnya apa yang dorang tahu hanyalah mengutip sampah ahli dari UMNO dan PAS untuk parti mereka. Jadi geng parti cap bunga ni hanya terdiri daripada ahli yang kecewa je.

Oleh itu Ahmad Bashah telah membuat persiapan awal bagi mengekang wabak meraih simpati dari parti cap bunga ni. Jentera BN Kedah bersiap sedia dan akan turun padang bertemu rakyat hingga ke peringkat akar umbi, termasuklah pengundi di kawasan masing-masing.

BN negeri Kedah akan terus memperkemaskan jentera sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s