Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, Jangan Biadap!

amaran-kepada

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran keras kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong agar jangan bertindak biadap dan jangan sesekali berani untuk mencabar UMNO.

Dalam pada itu, Syed Ali turut menyelar tindakan Andy yang mengkritik dan mencadangkan supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kedudukan orang Melayu perlu dipertimbangkan semula. Oleh itu, Syed Ali berpendapat bahawa tindakan Andy tersebut sangat keterlaluan.

Andy dilihat bertindak biadap dan cuba mencabar UMNO… UMNO selama ini memperjuangkan dan sentiasa menjaga kebajikan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Sebagai sebuah parti Melayu Islam, sudah menjadi kewajiban bagi UMNO untuk menjaga keistimewaan Melayu dan Islam.

Tindakan Andy itu tidak ubah seperti DAP… Disebabkan itu Andy dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan jangan terikut-ikut dengan rentak dan cara DAP berpolitik. Sepatutnya Andy perlu memikirkan cara yang lebih berkesan daripada menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Saranan yang dibuat secara terbuka tersebut menunjukkan sifat tidak matang dan jelas melanggar semangat setiakawan dan kesepakatan yang dimeterai di kalangan komponen BN. Mungkin Andy sengaja lakukan sedemikian bagi menimbulkan sentimen perkauman dan berbau hasutan.

Boleh jadi dia berniat jahat dan sengaja mempertikaikan Perkara 153 yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana hak dan kedudukan orang Melayu tidak perlu dipertikaikan. Patutnya Presiden Gerakan ni ajar sikit Andy cara untuk beradab. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s