Ahli DAP Mahu Keluar Parti Kerana Pemimpin Mereka Angkuh

ahli-dap-mahu

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menegaskan akan ada lebih ramai anggota parti DAP keluar dari parti chauvinis tersebut kerana sudah tidak lagi tahan dengan perangai pemimpin teratas mereka yang angkuh.

Kepimpinan DAP yang di takluk oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dikatakan semakin melampau dan besar kepala. Kebanyakkan anggota parti DAP kecewa dengan sikap mereka yang semakin bongkak.

Cheng berkata, anggota DAP kecewa apabila kedua-dua pemimpin tersebut langsung tidak mendengar dan tidak mempedulikan suara dan pandangan akar umbi dalam membuat keputusan membabitkan dasar dan hala tuju parti itu.

Sebelum ini dua anggota parti DAP telah mengumumkan keluar dari parti kerana sudah meluat dengan perangai sombong pemimpin teratas DAP tersebut. Mereka adalah Shamsher Singh Thind dan Roger Teoh.

Kedua ahli tersebut kecewa kerana kritikan dan cadangan mereka terhadap parti tersebut langsung tidak didengari. Disebabkan itu mereka memilih untuk berambus dari DAP. Keadaan akan menjadi lebih parah kerana dijangkakan lebih ramai ahli akan mengikut jejak langkah Shamsher dan Roger.

Jika Kit Siang dan Guan Eng masih berkeras dan berterusan bersikap bongkak tanpa mengambil kira pandangan majoriti ahli lain yang menunjangi parti berkenaan… Jangan terkejut jika ramai ahli DAP akan meninggalkan parti tersebut.

Ternyata prinsip yang diamalkan mereka menerusi slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) tidak lagi boleh diguna pakai dan hanya dilaungkan demi mengaburi mata rakyat. Sikap angkuh dua beranak tu bukan lagi sesuatu yang biasa. Elok la parti tu kan keluarga dorang yang punya, jadi mesti la nak pakai kepala otak dorang je. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s