200 Nelayan Permatang Damar Laut Akan Pupus Kerana Kezaliman Kerajaan DAP

2c-copy

Nampaknya semakin ramai nelayan pesisir pantai di negeri P.Pinang dirundung malang dek kerana kerakusan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng mengaut keuntungan dengan ‘mencabul’ kawasan-kawasan penangkapan ikan.

Atas alasan pembangunan, tanah kawasan pesisir pantai diambil sewenang-wenangnya untuk ditebus guna sehingga merosakkan ekosistem alam sekitar dan juga menjejaskan seluruh kehidupan serta mata pencarian rakyat setempat.

Apalah gunanya pembangunan jika ianya mengorbankan alam sekitar serta membebankan kehidupan rakyat, khususnya rakyat marhaen yang bergantung dengan alam sekitar untuk mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.

Sebelum ini dilaporkan lebih 150 nelayan tradisional di Tanjung Tokong terpaksa mengikat perut serta berhempas pulas mencari rezeki, setelah kawasan pesisir pantai yang mereka jadikan ‘periuk nasi’ dijajah oleh pemaju hartanah dengan restu kerajaan DAP negeri.

Kini 200 nelayan kawasan pesisir pantai di Permatang Damar Laut pula bakal sengsara apabila kawasan ‘cari makan’ mereka dipilih untuk proses tebus guna tanah, yang bakal dijalankan oleh pemaju serta kerajaan DAP negeri bagi mewujudkan pulau buatan manusia di P.Pinang.

Jurucakap kumpulan nelayan terbabit yang ditemui berkata, tebus guna tanah di kawasan itu akan ‘membunuh’ semua nelayan secara perlahan-lahan tanpa belas ihsan. Para nelayan disitu juga menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan apabila kini tiada lagi pantai untuk mereka mencari makan.

Menurut mereka, semua nelayan akan dipaksa untuk pergi ke laut lepas untuk mencari rezeki tanpa memikirkan bahawa laut lepas itu langsung tak sesuai dengan bot kecil yang dimiliki oleh mereka. Inilah dilema yang menghantui para nelayan kawasan berkenaan.

Selain itu, proses tebus guna tanah serta tambakan laut di kawasan Pantai Permatang Damar Laut bukan sahaja akan menghancurkan mata pencarian nelayan, ia juga sebenarnya akan melenyapkan kehidupan marin serta ekosistem alam yang kaya dikawasan terbabit.

Seorang perunding Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) negeri, Prof Datuk Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah dari Tetuan Dr Nik & Associate berkata, berdasarkan kajian awal yang dijalankan mereka, batu karang di Pulau Rimau, kawasan hidupan marin dan lokasi penangkapan ikan serta pendaratan penyu terpaksa dikorbankan dalam proses tebus guna tanah itu.

Inilah nasib yang menimpa rakyat serta alam sekitar di negeri P.Pinang. Diatas nama pembangunan serta kemajuan, alam sekitar diratah dan dijajah sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan sesiapapun. Apa lagi yang boleh kita wariskan pada generasi akan datang jika ini berlarutan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s