Zahid Hamidi Nasihat Orang Melayu Jangan Mudah Berpecah

Kehadiran pelbagai fahaman-fahaman politik kotor yang dibawa pembangkang… Malah dituruti dengan pelbagai ideologi tidak benar serta pemikiran yang bercelaru, telah menjadikan golongan Melayu mudah terpengaruh.

Kesemua perkara tersebut telah menjadikan golongan Melayu menghampiri perpecahan dan jurang pergolakan diantara kaum semakin melebar. Perkara tersebut telah menggusarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh disebabkan itu, beliau menasihati supaya masyarakat Melayu perlu lebih peka dan menghindari dari wabak yang tidak sihat tersebut. Terpengaruh dengan kesemua agenda kotor tersebut tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada orang Melayu dan umat Islam secara umumnya.

Perbezaan dan perkara baru yang pada hakikatnya boleh memberi manfaat kepada mereka, sebenarnya boleh bertukar menjadi sesuatu yang buruk dan akan memberi ancaman kepada umat Islam jika disalahgunakan.

Perpaduan antara kaum dan etnik bukan hanya berlandaskan pada landasan penggabungan parti politik sahaja. Akan tetapi ia juga dipengaruhi oleh agenda kebersamaan melalui pelbagai cara yang dipersetujui.

Ujarnya lagi, teras penyatuan umat Islam yang tunjang adalah persefahaman dan pegangan kita terhadap akidah ahli sunnah wal jamaah dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam. Jangan sesekali ada sifat prasangka dan prejudis dalam diri.

Sebagai seorang Islam, kita berhak untuk membentuk acuan Islam itu sendiri.. Tambahan pula kita sebagai orang Islam mempunyai hak untuk memartabatkan Islam kerana ia menjadi kewajipan sebagai muslim sejati memelihara agama sendiri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s